DUN Selangor Akan dihadapkan ke Mahkamah

Usul Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal mengheret DUN, Speaker sdn Khalid ke mahkamah.

Peguambela dan pegumacara, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata tindakan itu terpaksa diambil berikutan DUN Selangor meluluskan satu usul untuk merujuk beliau dan Adun Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya difahamkan bahawa Menteri Besar akan membawa satu usul ke dalam sidang untuk merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan menghina DUN melalui satu surat kepada Speaker Dewan.

“Dalam usul berkenaan mengatakan saya berbahasa tidak senonoh, biadab dan mengugut sedangkan surat yang dihantar kepada Tetuan Thommy Thomas selaku peguamcara kepada Datuk Teng Chang Kim, Speaker DUN meminta bayaran kos yang diperintah oleh mahkamah,” katanya di sidang media berhubung usul berkenaan.

Menurutnya, surat yang dihantar itu adalah amalan biasa firma guaman untuk menuntut bayaran kos perbicaraan mahkamah anak guamnya, Adun Pelabuhan Kelang yang sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Disember lalu.

Pembayaran itu perlu selepas mahkamah memutuskan bahawa keputusan Teng sebagai Speaker DUN Selangor yang membuat keputusan memecat Badrul sebagai Adun Pelabuhan Kelang, sebagai tidak sah.

Hafarizam berkata, apa yang dilakukan oleh Khalid dianggap sebagai satu campur tangan politik dalam bidang profession perguaman di negara ini dalam mempertahankan hak anak gumanya.

“Di sini, saya ingin jelaskan surat yang dihantar bukanlah dihantar oleh saya sendiri tetapi firma kami sebagai peguam kepada badrul Hisham dan kami tidak pernah meulis surat kepada Tuan Speaker seperti yang dicadangkan oleh usul tersebut.

“Apa yang saya lakukan ini memberitahu bahawa perkara yang dinyatakan itu tidak benar dan saya percaya usul itu akan diterima, apa yang berlaku itu sebagai tidak adil kerana saya tidak berpeluang untuk mempertahakankan apa yang kami lakukan kerana saya bukan Adun.

“Untuk mempertahankan diri, saya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap DUN Selangor, Menteri Besar dan Tuan Speaker jika usul berkenaan diluluskan kerana di situ saya boleh bercakap untuk menyatakan apa yang sebenarnya,” katanya.

Beliau juga mengesa Majlis Peguam membuat kenyataan berhubung perkara yang berlaku kerana tindakan diambil telah mengganggu profesion perguaman di negara ini, dan kes itu adalah yang pertama kali di negara ini apabila satu usul membabitkan profesion perguaman di bawa ke sidang DUN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s