AnWar Di Tempelak Cuba Berdalih Kenyataan Sokong Israel

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal (WSJ) tentang isu Israel sebagai ‘menakjubkan’…sebab daripada situ, kita seolah-olahnya mengiktiraf penjajahan Israel terhadap Palestin dan memandang bahawa Israel dan Palestin mempunyai hak yang sama ke atas bumi Palestin.

Dan menafikan hak rakyat Palestin dalam memperjuangkan pembebasan sepenuhnya terhadap bumi Palestin. Sedangkan penjuangan membebaskan bumi Palestin adalah satu perjuangan yang sah di sisi Islam dan undang-undang antarabangsa,

Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
.
‘Two state solution’ merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

KUALA LUMPUR 13 Mac — Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘membersihkan’ dirinya berhubung isu Israel menjadi ‘senjata yang memakan diri’ apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.

Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :”I support all efforts to protect the security of the state of Israel” dan kenyataan kedua berbunyi :”…stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians”.

“Saya faham soal ‘contingent’ itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

“Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”, itu tidak ada ‘contingent’, maknanya sokongan itu adalah ‘blanket support’, sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel,” katanya.

Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: “Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan ‘sokongannya’ untuk ‘usaha melindungi keselamatan negara Israel’ manakala pada masa yang sama menyokong ‘hak sah rakyat Palestin’.

Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin.”

Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.

Anwar walaupun nampak tenang menghadapi ‘pukulan’ itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.

“Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel,” katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.

Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s