Feed on
Posts
Comments

sapa2 yg boring duk umah minggu ni..apa kata gi la ronda2 kawasan taiping dan jgn lupa ker kuala sepetang makan MEE UDANG / MEE BANJIR, dari KL ker taiping 2 1/2 je driving ikut highway,kalau ikut jln lama bih kurang 3 jam mcm tu….kalau dari utara..rasanya dekat sikit. (agaknya la ye)

puh….sedap tu..!!!!!

geram nya……!!! ,

ni contact no..mana tahu sesat ker tak jumpa2 jln ke kuala sepetang, call la no..tu..,sapa yg ada google earth tu boleh la tengok jalan nya sebelum ke sana…, “segala kesesatan ada lah tangujawab sendiri..” hahahahhahahahah…..

May - Sinar

ni pun best gak live concert May,permulaan lirik tu memang syahdu sikit (jiwang lum ilang lagi..heheh), KIRA KU TAHU KAU KAN MUNCUL SEMULA,PASTI KU TAK MEMANDANG GAPAI YG LAINYA….mcm tu la bih kurang start dia..hehehe.dalam maksud dia…kalau DIPOLITIKAN’ macam2 leh jadi…hahahha

Kiranya ku tahu kau kan muncul semula
Pasti ku tak memandang gapai selainnya
Hampir terluka
Parah di dalam
Fana tanpa erti
Hingga ku sedar
Apa di sisi pasrah dan belenggu
Pada sinar ku pastikan suluhnya
Agar dapat ku menentukan
Terang gelap jalanan
Dalam carian ini

Indah bicara menusuk tepat di dada
Pertama kali bagaikan terasa ada kesangsian
Hingga ku sedar
Apa di sisi
Pasrah dan belenggu

Ku hamparkan segala di dalam harapan
Agar tiada
Lagi di sisi
Pasrah dan belenggu
Ku laungkan
Bagai panah yang sasarnya merata
Impian
Satu damai yang seia sekata
Walaupun halangan datang menggoda

Kiranya ku tahu kau kan muncul semula
Sinar pasti bererti

 

Sweet Charity-Teratai

memang best concert ni.,tak jemu layan.dalam masa yg sama ada kenangan pasal lagu ni..,jiwang sikit petang2 ni..asik baca kes liwat jemu lak..hahahah.

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandangmu teratai bunga indah

Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang menghembus dirimu
Engkaupun terkulai dan merunduklah
Layu tak berseri lagi

Oh tuhan tolong lindungilah dia
Agarku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai ku sayang
Berseri seperti semula

 Perkara yang amat menarik sedang berlaku sekarang. Saya merumuskannya sebagai fenomean tuduhan LIWAT A versus tuduhan LIWAT B. Tuduhan liwat A ialah tuduhan Saiful Bukhari yang menuduh Penasihat de factor pemimpin PKR Datu’ Seri Anwar dengan amalan liwat dan liwat B ialah tuduhan Balasubramaniam a/l Perumal (NRIC NO: xxxxxx-xx-6235) yang menuduh secara indirect , Bakal PM Malaysia Datuk Najib meliwat Attantuya gadis mongolia.
Berikut adalah statutory declaration Balasubramaniam yang turut hadir dalam press conference bersama Anwar.

25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak informed Abdul Razak Baginda
that he had a sexual relationship with Aminah and that she
was susceptible to anal intercourse. Terjemahan: Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Abdul Razak Baginda bahawa beliau ( Najib) mempunyai hubungan seksual dengan Aminah ( Atantuya) dan mereka telah melakukan LIWAT.

Adakah pengakuan Balasubramaniam adalah peperangan TIT for TAT antara Anwar dengan Najib yang akan berlarutan dan apakah semua ini satu kejadian secara COINCIDENCE atau kebetulan.?

Memang menarik kes tuduhan liwat yang terbaru ini dan sebagai orang Islam melihat bagaimana lemahnya undang Malaysia yang ada dalam melindungi maruah rakyat dan betapa hebatnya Allah mewajibkan 4 saksi untuk menuduh orang berzina dalam undang undang islam. Akibat tidak adanya undang undang Syariah yang sangat di benci oleh UMNO dan DAP, maka berlakulah apa yang sedang berlaku sekarang. Tuduhan zina dan liwat sudah menjadi perkara biasa dan saya menjangkakan ramai lagi orang akan di tuduh meliwat atau berzina kerana sesiapa boleh pergi ke balai polis untuk membuat akuan bersumpah atau statutory declaration berkaitan liwat dan zina saperti di buat oleh Balasubramaniam dan Saiful Bukhari.

Kita sebagai rakyat Malaysia memang malu dan gerun melihat perkembangan ini tetapi bagi orang yang terdesak dalam politik merebut kuasa, itu mungkin satu perkara yang sudah menjadi kung fu dan boxing mereka. Adakah tuduhan dalam bentuk akuan bersumpah akan turut di tujukan kepada alim ulamak dan orang yang baik di Malaysia?. Nampaknya undang undang Malaysia sudah tidak memandang berat perkara seserius ini dan undang undang sentiasa melayan semuanya tuduhan ini atas nama demokrasi.

Kita mengharap sistem undang undang Malaysia di overhaul dan unsur unsur dari perundang Islam di ambil guna dan yangsebaiknya semua pelembagaan Malaysia di tukar kepada pelembagaan Islam supaya maruah rakyat Muslim dan bukan Muslim di lindungi dari di hina sebegini rupa.

Sumber : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12068

comment: Islam agama mulia. Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain. Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, “Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat”. Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa…(Surah Al-Hujurat, ayat 12). Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa

Fikir-fikir

video klip utk di fikir2 kan….

 

analisa filem2 p ramlee dibawah dikaitkan dengan kejadian hari ini….filem

sindir sindiran, yg tak dimakan zaman]

 

Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling

menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan

main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng

mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.

Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi

itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan

bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

 

Banyak terjadi sekarang…. Laporan audit negara tahun 2007, begitulah

keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal

pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang

yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati

penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

 

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.

Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender

itu.

Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak

sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku

ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun

Kemudian, dalam ’scene’ yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

 

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat

perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu

ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada

yang dapat perlindungan pula itu.

 

Cuba pula kita lihat 3 Abdul…tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi

kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar

perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat

memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air

liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada ‘25%’ itu untuk

orang tengah.

 

“Kalau marah nanti kena jual”. Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul

dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan

orang marah.

 

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah

ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah.

Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang,

bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu.

Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling

senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak

senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan

jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

 

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu

tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu

ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus

kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

 

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi.

Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun

mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri

masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan

perlakuan.

 

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan

pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance.

Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam

sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat.

Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi

sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.

“kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan

mengambil tindakan”

Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

 

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi,

kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40

tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat

komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

 

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat

mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung

wayang…atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif

dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada

bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali.

P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi

menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

 

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si

Sultan.

Pertaruhan.. .perjudian. .dah tentu ada taukehnya..

Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang

patut jadi “ketua kepada segala ketua perbicaraan” . Sang penasihat, Si Kitul

jadi dalangnya. “correct… correct”

 

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang

dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti

sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia

yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam

broker.

 

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu

oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang

secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu

badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil

duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak

tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia

dan komplot.

 

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat

masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing

tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden,

hakim tergadai maruah.

 

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak

pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman

P.Ramlee hidup dulu.

 

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia

satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee.

Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan

dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi

kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar

Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam

macam-macam lagi kerana wanita.

 

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling

tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi

mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

 

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap,

masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan

Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang

tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.

 

Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada

waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan

Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

 

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi

pula dengan ‘happy ending’ sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee

jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan

kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV

jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

 

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan

filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa

sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose,

Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih

relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak

lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

 

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang

juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis

dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee

sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri

sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi

karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar

diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia

gelakan diri sendiri …. hahaha….

 

Evolution

 

 

Evolution…..

 

Laporan polis ini dibuat pada 28 June 2008 @ 5.45 PM oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan,

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.” (sumber rockybru.blogspot.com)

Berdasarkan laporan polis ini, Saiful mengadu diliwat tanpa kerelaannya @ sama maksudnya beliau telah dirogol oleh DSAI. Kejadian ini pula telah berlaku banyak kali kerana kejadian terakhir berlaku 26/6/08. Saiful ini baru berkerja dengan DSAI kira-kira 3 bulan. Agaknya sudah berapa kali beliau “diliwat” oleh DSAI?

Sesiapa pun yang berakal waras akan meragui kesahihan laporan polis ini. Maka banyak teori konspirasi yang wujud. Petang ini saya tak nak tambah teori2 itu, tetapi sekadar melontarkan beberapa persoalan tentang “cara2 Saiful diliwat” :

1) Usia Saiful 23 tahun manakala usia DSAI dah 60 tahun++ : macamana agaknya DSAI nak “menonggengkan” si Saiful ini tanpa kerelaan Saiful? Kalau tengok saiz badan Saiful, kuat jugak orangnya. Takkan boleh kalah dengan pakcik usia 60an? Ingat senang ke nak londehkan seluar orang? Pegang 2-3 orang pun belum tentu dapat londehkan tau. Ini pulak DSAI sorang2. Kalau ada orang lain tolong pegang, tentu dah ada tulis dalam report tu kan?

2) Kalau tak rela tentunya ada kesan pergelutan @ pergaduhan antara kedua2nya. Tentu sekali terdapat kecederaan pada kedua2 pihak. Lebam biji mata ke. Tentu sekali dalam kondo tu, banyak perabot dan barang, kenapa tak ambik barang2 tu, hempok muka DSAI masa pergelutan tu. Atau pun DSAI hempok Saiful sebab melawan masa nak rogol @ liwat Saiful tu. Mangsa rogol (perempuan) pun akan melawan, kenapa Saiful tak lawan? DSAI terlalu kuat? Terlalu lemah ke si Saiful ni? Tak berjuang langsung mengelakkan dirinya dari diliwat?

3) Dah tu pulak, bukannya sekali dia mendakwa diliwat, kenapa tak lapor bila kali pertama kena? Apa nak takut? Kenapa sekarang berani pulak?

Entah apa-apa tuduhan yang tak masuk akal. Kalau tak rela kenapa biarkan ditikam belakang? Dah tu, bukannya sekali, banyak kali pulak tu. Inilah tanda akhir zaman, manusia tidak lagi takutkan Allah, fitnah bermaharajalela.

sumber : http://nurkahfi-info.blogspot.com/

Kes Liwat Lagi..!

kes liwat lagi..tak tahu apa nak jadi pada NEGARAKU…,

copy paste from malaysiawave.com

So, my question is: How a 23 year Saiful Bukhari, healthy and strong, can allow himself to be sodomized by an old man, who had once undergone a spine operation and unable to exert himself physically as like anyone of his age?

Saiful Bukhari should be able to overpower Anwar Ibrahim and prevent himself from being sodomized.”

 had a look at Saiful’s various pictures, and we all know that Anwar Ibrahim is :

  1. Old
  2. Had an operation done on his spine
  3. As a result, not able to be as physical as his age would permit
  4. I don’t think Anwar’s physical condition allows him to play golf.
  5. I think Anwar Ibrahim is as tall as Mostafa Mohammad, like in the picture.

So, my question is: How can a 23 year Saiful Bukhari, healthy and strong, can allow himself t be sodomized by an old man, who had once undergone a spine operation and unable to exert himself physically as anyone of his age?

Saiful Bukhari should be able to overpower Anwar Ibrahim and prevent himself from being sodomized.

Saiful claimed that he was sodomized in a condo in Damansara. The other question that entails is how was he dragged to the condominium assuming the sodomy did take place? Ok, maybe he was deceived into going there.

The next question we can ask is, how did he get himself sodomized when he is physically stronger than Anwar Ibrahim. He can easily push Anwar aside and run away. He can also hurt Anwar physically and lodge a police report there and then?

The fact that Saiful Bukhari is the one lodging the police report indicates that Saiful doesn’t consent to the act of “sodomy”. In short, Saiful was forcefully “violated”. And Anwar had forced upon Saiful without his willingness.

Saiful seems to be very connected. It is not easy to have pictures taken with several UMNO leaders unless you’re someone close to the party heirachy. Or at least you’re someone known to people who are in the circle of UMNO leaders. I mean, besides being UMNO leaders, they are also government officials, and there are protocols and rules to be followed before one can be in close proximity with these leaders.

In short, one will have to be connected to be able to have their pictures taken with UMNO leaders like Saiful Bukhari did.

I blame Anwar Ibrahim for not running a background check on people he appoints as special aides. I mean, it’s ok to have them work as normal worker but to appoint someone you don’t really know as an aide, is an act of carelessness, if u ask me.

Nevertheless, it’s still doesn’t mean that Anwar Ibrahim is guilty of the charges, only guilty for not being careful.

And as a reminder to Muslims reading this article. In Shariah, to accuse someone of fornication (or sodomy) without the presence of 4 credible witnesses is a GRAVE SIN. The ruling on this is unanimous on all scholars of Islam. There is no difference of opinion. IT IS IJMA’.

Whether Anwar did it or not is not an issue. Muslims must adhere to the rule and keep quiet. Accusing others of fornication is also a grave sin.

Tulang Besi

 

RECENT POSTING ON MALAYSIAWAVES

Terdesak tutup noda

JOHOR BAHRU: “Saya sanggup keluar belanja RM4,000 untuk melakukan pembedahan pemulihan selaput dara semata-mata bagi meyakinkan suami saya masih suci pada malam pertama perkahwinan,” kata Lina (bukan nama sebenar).

Dia yang berusia 28 tahun antara segelintir wanita di negeri ini yang pernah menjalani pembedahan seumpama itu di beberapa pusat perubatan sekitar bandar raya ini bagi membolehkan mereka memiliki selaput dara ‘tiruan’ sebelum menempuh alam perkahwinan untuk menutup keterlanjuran ketika zaman remaja.

Lina berkata, dia menjalani pembedahan itu di sebuah pusat perubatan di bandar raya ini awal tahun lalu, sebelum mendirikan rumah tangga seminggu kemudian.

“Biarpun dihantui rasa bersalah dek kesalahan lampau, saya lega kerana selaput dara saya seolah-olah pecah dan berdarah pada malam pertama perkahwinan kami.

“Hingga sekarang, saya tak pernah menceritakan pengalaman hitam silam kepada suami. Bukan apa, saya takut dia tak dapat menerima kenyataan hingga menjejaskan keharmonian rumah tangga kami.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami aman damai dan saya baru saja menimang cahaya mata pertama, April lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Mengimbau semula kisah silamnya, Lina berkata, dia dinodai bekas teman lelakinya ketika menuntut di luar negara, lapan tahun lalu.

Menurutnya, peristiwa itu berlaku kerana dia terlalu percayakan lelaki terbabit yang juga rakan sekolejnya, selain faktor berada berjauhan dari keluarga.

“Cabaran hidup di luar negara cukup hebat kerana kita bebas daripada kawalan keluarga. Seperti remaja lain, naluri saya ketika itu ingin bercinta, mencintai dan dicintai. Malangnya saya gagal mengawal nafsu hingga hilang perawan.

“Lebih malang, hubungan kami tidak berpanjangan dan terpaksa berpisah selepas kehadiran orang ketiga, juga pelajar Malaysia di universiti sama,” kata eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta di sini.

Gara-gara dikecewakan, kata Lina, dia serik bercinta dan tidak mempunyai teman lelaki sehingga 2005, sebelum bertemu suaminya, seorang eksekutif muda di sebuah syarikat lain di bandar raya ini.

“Kami bercinta dua tahun sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga awal tahun lalu. Ketika itu saya terfikir melakukan pembedahan memulihkan selaput dara selepas membaca artikel di sebuah majalah.

“Lebih mudah apabila saya mendapat tahu daripada beberapa teman rapat khidmat itu turut disediakan di beberapa pusat perubatan di bandar raya ini. Demi masa depan, saya sanggup mengorbankan sebahagian wang simpanan untuk menjalani pembedahan itu. Saya tak pernah menyesal kerana bagi saya itu pilihan terbaik,” katanya.

Sementara itu, pakar sakit puan sebuah pusat perubatan swasta yang enggan dikenali berkata, pembedahan itu disalahgunakan segelintir gadis yang pernah melakukan hubungan seks bersama bekas teman lelaki sebelum ke jenjang pelamin dengan lelaki lain.

Beliau berkata, kebiasaannya, gadis yang terdesak melakukan pembedahan itu berasal daripada keluarga berada selain sanggup menanggung kos rawatan antara RM3,000 sehingga RM5,000 kerana khuatir perbuatan tidak senonoh yang pernah dilakukan bersama bekas teman lelakinya terbongkar pada malam pertama.

Menurutnya, mereka menganggap cara itu penyelesaian terbaik dan mudah berbanding rawatan tradisional memulih dara yang mungkin lebih rumit.

“Sesetengah mereka gadis lepasan universiti sehinggalah wanita bekerja,” katanya.

Beliau berkata, proses melakukan pembedahan itu memakan masa setengah jam dan proses menjahit serta merapatkan kembali ‘dara’ tertakluk kepada keadaan selaput dan mereka akan diperiksa terlebih dulu sebelum proses rumit berkenaan dijalankan.

“Prosesnya agak rumit kerana doktor pakar perlu berhati-hati menjahit selaput menggunakan benang sangat halus, terutama bagi selaput nipis untuk mengelak lebih banyak kerosakan.

“Jahitan pemulihan dara hanya bersifat kosmetik dan ia hanya berfungsi merapatkan kembali selaput berkenaan, tapi tidak mungkin kembali seperti asal.

“Seseorang gadis dinasihatkan melakukan pembedahan pemulihan dara tidak lebih seminggu sebelum malam pertamanya dan jahitan itu hanya kekal sehingga dia melakukan persetubuhan bersama pasangannya itu,” katanya.

Pakar sakit puan itu berkata, secara lazimnya, bukan semua persetubuhan kali pertama menyebabkan pendarahan berikutan selaput dara pecah, sebaliknya bergantung kepada keadaan lapisan dara seseorang wanita.

Menurutnya, mengikut suatu kajian di luar negara, hanya 43 peratus wanita dilaporkan mengalami pendarahan ketika pertama kali melakukan hubungan seks.

Tambahan pula, katanya, selaput dara bukan penentu seseorang wanita itu masih dara atau tidak kerana perubatan moden menunjukkan ada wanita dilahirkan dengan selaput dara terkoyak.

“Selaput dara boleh terkoyak akibat aktiviti lasak atau berpunca daripada hubungan seksual. Oleh itu, tindakan segelintir gadis memulihkan daranya dengan niat buruk boleh dianggap sebagai perbuatan tidak mendatangkan sebarang faedah,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Sakit Puan dan Ginekologi Hospital Pakar Johor, Dr Terence Teoh, berkata kebiasaannya lelaki tidak dapat menentukan sama isterinya dara atau tidak dengan melakukan hubungan kelamin pada malam pertama.

Beliau berkata, tindakan meletakkan kain putih untuk mengesan ‘darah’ seperti amalan pada zaman dulu tidak semestinya benar kerana wanita hanya akan ‘berdarah’ jika selaputnya pecah pada malam itu.

Menurutnya, secara umumnya selaput dara ada lubang sebagai laluan darah haid tetapi saiz lubang itu berbeza antara wanita, ada yang kecil dan besar sehingga tidak terkoyak atau hanya terkoyak sedikit walaupun dengan kemasukan zakar.

“Ada juga wanita yang mempunyai selaput dara elastik dan kekal walaupun banyak kali bersetubuh. Rawatan berkenaan sebenarnya tidak diperlukan. Jika masalah selaput dara boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, ia tindakan tidak munasabah.

“Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga perlu berfikir secara matang kerana kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada selaput dara semata-mata. Terdapat banyak faktor boleh menyebabkan ia terkoyak,” katanya.

sibok bersetubuh

Firman Allah:

“Sesungguhnya penghuni2 syurga pada hari kiamat sibok bersetubuh dgn bidadari.”(55: Yasin)

kemampuan seks yg amat hebat

Imam Tirmizi telah meriwayatkan hadis drpd Anas bin Malik r.a; Nabi s.a.w bersabda:

“Orang beriman akan diberi kekuatan jimak seratus kali ganda di dalam syurga.”(Hasan sohih)

berjimak dgn berapa bidadari sehari?

Ade yg bertanya kpd Nabi s.a.w: “Adakah kami akan bersetubuh dgn isteri2 kami di syurga.?”

Nabi s.a.w menjawab:-

“Sesungguhnya seseorang lelaki itu ada yang sehari bersetubuh dgn seratus org bidadari”(Hr Tirmizi-sahih)

Di mana ahli syurga bersenggama?

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya org yg beriman di dlm syurga memiliki khemah yg diperbuat drpada permata yg berongga dimana panjangnya 60 batu. Disitu terdapat isteri2 dan bidadari2nya dan dia dgn berjimak satu persatu mereka kesemuanya.”(Hr Bukhari dan Muslim)

setiap malam adalah malam pertama?

Abu Hurairah berkata “Ya Rasululallah adakah kita akan bersetubuh di syurga?
Baginda menjawab “Ya. Demi diriku dalam kuasanya; akan berlakunya persetubuhan demi persetubhan. Bila selesai je hubungan maka akan menjadi bersih dan dara semula.”(Hr Ibnu Hibban-hasan)

ereksi yg berpanjangan? wow…

Baginda ditanya “Adakah penghuni syurga menggauli isterinya di syurga?” Nabi menjawab: “Ya; dengan zakar yg sentiasa tegang tidak kendur, faraj yg sentiasa sempit tidak longgar dan keinginan nafsu syahwat yg sentiasa memuncak.”(Hr Thabrani-hasan)

tanpa air mani

Nabi s.a.w ditanya “Adakah ahli syurga berjimak?”
Bagind menjawab “Berlakunya jimak demi jimak; tetapi tanpa ada air mani dan tanpa ada kematian.”(Thabrani-daif)
walaupun sanadnya lemah tapi disokong dgn hadis sahih yg mengatakan ahli syurga tidak kencing, tidak berak dan tidak meludah kerana sebab yg sama iaitu kotor. Yg penting dlm berjimak ialah kenikmatan…..

Said bin Jubair seorang tabien yg terkenal berkata: Syahwat ahli syurga akan meresap ketubuhnya sehingga merasai kelazatan dan kenikmatan jimak selama 70 tahun.

Tetapi bagaimana kita nak memiliki bidadari ni?
Jawapanya Firman Allah: “Dan bagi org2 yg beriman dan beramal soleh mereka akan memilki pasangan2 yg suci di dalam syurga.”(25: Al-Baqarah)

Macamane nak memiliki syurga?
Jawapannya Firman Allah: “Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta org2 beriman dgn syurga..(111: Taubah)

Macamane serah diri dan harta pd Allah?
Jawapannya Firman Allah(sambungan ayat diatas): “Mereka Berjuang memerangi musuh2 Islam di jalan Allah dan ada yg membunuh dan ada yg terbunuh..(111: alTaubah)

Mari kita serah jiwa raga dan harta kepada Islam bukan kepada mengejar dunia… Jgn fitkan mase pd musim exam ja.. musim cuti kita mesti dalami ilmu Allah dan jalankan kerja dakwah sebagi bekal utk memerangi musuh2 Islam.. utk muslimin yg ditindas kita wajib memberikan doa, infaq dan boikot barangan Israel n Amerika..

rujukan: 1. Hadil Arwah oleh Ibnu Qayyim dan at-Tazkirah oleh Qurtubi

« Newer Posts - Older Posts »