Archive for the 'Uncategorized' Category

untung tarak…rugi pun tarak

fenin..fenin…sudah 2 bolan oooo..keje2 semua tarak siap…, macam mana mahu dapat luit….aiiiyooooooo…ni contractor aaaa..memang CAP AYAM punya contractor…gua banyak menyesal kasi sama lu la…(ni la akibat nak sgt tolong kawan…waaaaa…lasat2 aku yg tersepit..!!)..

ni macam kalau bisness..boleh bengkarap oooo…,hai yaaa..mana mahu cari contractor y bagus punya…??? mana..? you ada ka?…

Aku rasa bagi kat indon buat pun ok..dah lama dah siap nya…ni tak..aku bagi pada kawan baik punya kawan baik punya kawan baik…adoiii..

 

kantoi

Semalam I call you, you tak answer.
You kata you keluar pergi dinner.
You kata you keluar dengan kawan you.
But when I called Tommy he said it wasn’t true.

So I drove my car pergi Damansara.
Tommy kata maybe you tengok bola.
Tapi bila I sampai you, you tak ada.
Lagilah I jadi gila.

So I called and called sampai you answer.
You kata sorry sayang tadi tak dengar.
My phone was on silent, I was at the gym.
Tapi latar belakang suara perempuan lain.

Sudahlah sayang, I don’t believe you.
I’ve always known your words were never true.
Why am I with you, I pun tak tahu.
No wonderlah my friends pun tak suka you.

So I guess that’s the end of our story.
Akhir kata she accepted his apology.
Tapi last last kita dapat tahu she was cheating too.
With her ex boyfriend’s best friend – Tommy

Cekup isteri curang

Cekup isteri curang
Oleh Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Rahsia seorang wanita sering pulang lewat atau tidak pulang langsung ke rumah terjawab apabila intipan dilakukan suaminya mendapati isterinya curang dengan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, berhampiran pusat perniagaan Putra Bandar Menjalara, di sini, si suami yang berusia 30-an keluar mencari isterinya berikutan tidak pulang ke rumah walaupun waktu bekerja hanya separuh hari.

Menurut sumber, si suami bersama dua anak dikatakan terserempak isterinya sedang bermesra dalam sebuah kenderaan di sebuah tempat letak kereta dan mula mengintip gelagat mereka selama beberapa minit.

“Tidak tahan melihat gelagat intim isterinya, si suami memukulnya menggunakan besi pengunci kereta.

“Ini menyebabkan berlaku pergelutan antara si suami dengan kekasih isterinya menyebabkan si suami cedera sebelum dia meninggalkan kawasan itu,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini, si suami sering menasihati isterinya agar tidak menjalinkan hubungan dengan kekasihnya berikutan lelaki itu juga sudah berkeluarga.

Perasaan curiga si suami itu mula timbul selepas terbaca mesej ‘ayat cinta’ dipercayai dikirim kekasih isterinya itu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit isterinya.

Bagaimanapun, ia dinafikan dengan alasan tersalah hantar.

Berikutan kejadian itu, si suami membuat laporan polis di Balai Polis Kepong, di sini

Jom tengok wayang..nak tak?

Kembali Pulang.

bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang

lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali

wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku

reff:
kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan

dan takkan ku lepaskan

wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku

 

lama kan..

lama kan aku tak masuk sini.. lama kan..aku tak menulis kat sini lama kan..aku tak membebel di sini lama kan aku tak jln2 blog kawan2 lama kan aku tak chating-mating… lama kan aku tak call kawan2..heheh lama kan aku CUTI..

Rat loves cat!

BUNKFACE – SITUASI

Tanpa

‘Kerajaan Pasir Dua Butir’

‘Kerajaan Pasir Dua Butir’ di Perak imbau jenaka P. Ramlee

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN utusanperak@utusan.com.my

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti. Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut. Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang. Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula. Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang. Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah. Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka. Jika berjaya, ini akan dijadikan pula ‘modal’ politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini. Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi ‘azimat’ dalam usaha meraih simpati masyarakat. Tidak mustahil ‘kelembutan’ pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka ‘lebih berkuasa daripada pihak berkuasa.’ Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah ‘untuk menarik perhatian.’ Justeru, mereka memilih untuk ‘memalukan’ negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang. Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat. Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi ‘kuda tunggangan’ sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini. Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat. Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat. Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi. Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.

Next Page »


Blog Stats

  • 64,918 hits

Hello……!!