Archive for the 'Koleksi Cerpen' Category

Andai Ku Miliki Semalam

 Andai Ku Miliki Semalam

Andai ku miliki semalam, dan bisa aku ubah menjadi esokTakkan ku ubah apapun kerna aku tahu engkau tetap indahTanpa sempadan masa aku bahagia seadanya…. Di saat pertemuan kita yang pertama kau telah membuat hatiku tidak keruan. Walaupun pada awalnya kau sering menyakitkan hatiku. Masihkah kau ingat sewaktu kau katakan padaku, buku nota yang ku beri pinjam padamu telah habis di koyak oleh adikmu. Di saat itu aku tidak boleh kawal amarahku. Namun kau dengan rela hati menerima segala maki hamunku.

 Terlalu kuat kesabaranmu Min. Masihkah kau ingat lagi dimana kau sengaja mencari gaduh dengan ku. Puncanya pergaduhan itu hanyalah kerana kita bercanggah pendapat. Kau tetap berkeras menyatakan pendapat kau lebih baik, manakala aku sudah pastinya tidak mahu mengalah dengan senang.

 Pergaduhan demi pergaduhan sering berlaku antara kita di waktu itu. Di saat itu aku rasa kau adalah musuhku yang paling ketat. Hinggalah muncul hari keramat itu. Aku telah mengsyaki mu yang telah mengambil pen kesayanganku. Pagi itu dengan bersaksikan Linda dan Mas, aku telah membuka begmu, satu persatu barang di dalam beg mu aku keluarkan, pen yang ku cari tidak ku temui tapi… Buku nota ku yang di koyak oleh adikmu telah kau gam rapi. Name tag ku yang terjatuh sewaktu merentas desa telah kau temui. Nota yang penuh dengan kebencian pada dirimu, masih rapi di dalam simpananmu. Terlalu banyak barang milikku yang menjadi simpananmu Min. sehingga pensel yang telah ku buang pun ada dalam simpananmu.  

Tiba-tiba kau muncul dengan perasaan marah kerana aku telah membuka beg mu tanpa kebenaran. Aku rela di marahmu. Aku rela kau membenciku Min. memang itu salahku. Dengan keberanian yang bersisa aku bertanya padamu mengapa kau masih simpan sesuatau yang sudah dianggap sampah olehku. Dengan ketar ku berterus terang padaku. Katamu. “Za.. sebenarnya aku sukakan kau..” Walaupun kata-katamu terlalu ringkas tapi jiwa seolah bergegar mendengar kata-kata azimat mu itu. Kiranya kau tahu Min, sudah hampir 3 tahun aku menyimpan perasaanku padamu. Namun aku terpaksa berpura-pura benci padamu di saat itu aku khuatir kau tidak sudi berkawan denganku. Aku takut aku hanya bertepuk sebelah tangan.

  Kata-kata itu talah membuat aku tunduk pada egoku Min. kata-kata itu juga telah membuat setiap senyumanku mempunyai seribu satu kegembiraan dan kebahagian. Betapa kau menyukaiku sehingga sanggup mengutip kembali apa sahaja yang tidak berguna padaku lagi.

  Tangis ini tanda kasih ku, bukan mengeluh luka yang semalam Kerna aku mengasihi mu, tanpa sendu lagi di dunia ku ini… Ya Min.. di saat itu aku menangis kerana gembira. Aku gembira setelah mengetahui kau rupanya ada menyimpan perasaan terhadapku. Sejak dari itu Min, kita tidak lagi bergaduh. Aku gembira dengan perhubungan ini. Sesekali aku tertunduk malu untuk bertentang mata denganmu. Tatkala kelas kita bergabung untuk matapelajaran agama islam, akulah yang paling malu untuk bersuara. Ku tahu Min, kau juga begitu. Walaupun dahulu suara kitalah yang sering menggamatkan kelas dengan pertengkaran dan pencanggahan pendapat. 

 Masihkau ingat Min ustaz juga nampak perubahan yang berlaku antara kita. Sehingga dia sendiri bertanya “mengapa sejak dua menjak ini hero dan heroin saya tidak lagi berdebat? Ada apa-apa ke?” gurauan ustaz itu sudah cukup membuat wajahku merona kemerahan. Kau juga tertunduk malu. Andainya kau masih terkenangkan nostalgia itu Min, pastinya kau ingat sewaktu aku tidak hadir ke sekolah selama seminggu kau resah tidak menentu. Dengan nekad mu yang padu kau telah memberanikan dirimu datang ke rumahku. Dari jauh dapat ku lihat betapa gentarnya kau menemui ayahku di waktu itu. Dan ayahku telah mempelawa kau masuk dan bertemu denganku. 

 Betapa risaunya kau melihat aku berselubung dengan selimut sewaktu bertemu mu. Terlalu kerap kau memesan agar aku tidak lupa untuk makan ubat dan banyakkan rehat. Kau juga berjanji akan datang kerumahku untuk memberi nota tentang pelajaran yang aku tinggalkan untuk hari itu. Sedikit demi sedikit keluargaku dapat menerima kehadiranmu.

 Aku tak dapat bayangkan…sengsara yang harus ku tanggung

Andai kau pilih perpisahan, Dengan cermat kau memetik gitar kesayanganmu menyanyikan lagu ini khas buatku. Aku bahagia di saat itu Min. aku gembira. Tak mungkin perpisahan yang akan ku pilih buat mu Min. Namun aku hanyalah insan biasa yang tidak sekuat mana menempuh dugaan yang mendatang.  Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan juga di tengahari. Tanpa ku sedari sewaktu aku melanjutkan pelajaranku di pantai timur itu, keluargaku telah merancang kehidupan yang bakal ku tempuhi selepas tamatnya pengajian itu. Di saat itu kita masih lagi gembira di buai asmara kerinduan dan kebahagian.  

Walaupun kau terpaksa melanjutkan pelajaranmu di selatan tanahair kita, namun setiap hari cuti tiba pasti kita penuhi dengan sebaiknya. Aku masih lagi ingat kau berkejar ke universitiku bila kau mendapat tahu aku jatuh sakit. Seminggu kau telah menjaga ku di hospital. Kasihmu Min tidak lagi dapat kau sembunyikan. 

 Andainya kau tahu Min setiap kali kau berada di sisiku, aku berasa seolah disayangi malah di cintai olehmu. Walaupun hampir 4 tahun kita berkawan tidak pernah sekalipun kau menyatakan yang kau cinta padaku. Di sebalik renungan dan belaian mu semasa aku terlantar di hospital itu telah membuktikan yang kau cinta padaku. Entahlah Min.. aku pula tidak faham dengan apa yang aku rasakan itu. Setiap kali jemarimu mengenggam lembut tanganku jantungku bergetar tidak menentu. Adakah perasaan cinta itu telah terpupuk buat mu?  

Aku lena di buai asmaramu Min, mimpi ini terlalu indah sehingga aku tidak ingin lagi berjaga. Entahlah Min.. mengapa hari puaka itu datang juga. Bagai halilintar memecah kesunyian malam. Langit di kepalaku seolah runtuh mendengar khabar itu. Oh tidak Min! aku tidak rela di perlakukan begitu! Aku takut! Tolong aku Min!  

Atas desakan ibuku, aku terpaksa bertemu dengannya. Tiada sedikit pun perasaan sukaku padanya. Tapi.. dia terlalu sabar Min. pelbagai keburukkan yang aku lakokan di hadapannya. Namun dia tetap sabar dengan kerenahku. Pernah aku memaki hamunnya dengan mengatakan dia tidak layak memiliki hatiku, apatah lagi tubuh badanku. Dia tetap begitu sehinggalah… Dengan lembut dia berkata padaku.. “Za.. Lan tak akan memaksa Za menyukai Lan apatah lagi untuk menyintai Lan. Lan tahu Lan tidak layak untuk mendampingi Za, walaupun Za pernah membuat lan seolah tidak mempunyai hati dan perasaan, lan rela kerana Lan yakin Za akan tetap menjadi milik Lan. Lan tahu bukan begitu sikap Za yang sebenar. Lan juga tahu selama ini Za hanya belakon agar Lan membenci Za. Tapi Za silap, perasaan benci itu tidak pernah wujud dalam hati Lan untuk Za. Sebagai anak Lan tidak mahu melukakan hati ibu dan ayah Lan.” Katanya lagi.. “Za.. tiada apa yang dapat Lan lakukan untk menawan hati Za. Lan tahu hati Za kini telah menjadi milik orang lain. sebelum ikata pertunangan ini berlangsung lan minta Za lakukan sesuatu untuk Lan. Inilah permintaan Lan yang pertama dan terakhir. Lan harap Za dapat lakukannya.

“apa dia?” kataku kasar.. “malam ini Lan minta Za lakukan solat istikharah minta yang maha Esa menunjukkan kebenaran yang tersirat dan bakal tersurat.kelak.. kalau tiada lan di situ Lan rela menghalang pertunangan ini. Lan rela…” kemudian dia melangkah lesu meninggalkan ku. Entahlah Min.. aku lakukan jua permintaan Lan. Malam itu aku bermimpi seperti yang selalu aku mimpikan setiap kali aku bersolat istikharah Min. wajahnya yang tenang sering menemani lenaku. Aku takut untuk menerima kenyataan itu Min aku takut!! Namun itulah petunjuk yang aku terima dari yang Esa. Aku tidak mahu berjauhan dengan mu. Aku tidak mahu melukakan hati mu..

Tanpa punca yang meyakinkan.. Aku akan tersasar..mencari cintamu… Andai terhentinya masa..

Dan gunung jatuh kelaut.. Kau tetap kucinta..

 Aku tahu kau kecewa mendengar berita pertunanganku, aku tahu jiwamu retak seribu, hatimu menangis tidak berlagu. Apa lagi yang dapat aku lakukan Min? aku pasrah! Dengan kekecewaan itu kita bertemu lagi.. pertemuan yang terakhir barangkali. Min tasik itu telah menjadi saksi sewaktu kau meluahkan isi hatimu yang kau amat menyintaiku dan betapa aku perlukanmu. Tasik yang tenang itu juga telah menyaksikan airmata kau dan aku tumpah tanpa rela. 

 Katamu aku tidak sabar untuk mendirikan mahligai. Katamu aku terlalu gelojoh membuat keputusan. Katamu aku hanya pentingkan diri sendiri. Katalah Min! katalah! Aku rela kau menghinaku.. aku rela.. tiada apa yang dapat aku katakan lagi untuk membela diriku. Aku tiada alasan yang kukuh untuk menolak cintamu. Mungkin tiada jodoh antara kita.

Sedikit demi sedikit dia telah menawan hatiku Min. sikapnya yang penyabar dan penyayang telah membuat aku berasa seolah di hargai. Dia telah membuat aku tersenyum kembali Min. entah apa ilmu yang dia pakai, akupun tak tahu Tapi apa yang pasti aku kini mula menyayanginya.  

Entahlahlah Min! sepanjang tempoh pertunanganku dengannya tidak pernah sekalipun dia menyakiti hatiku. ingatkah kau lagi semasa convocation di universitiku. Aku gembira Min aku tahu hatimu telah memaksa kau pergi juga meraikan kejayaan ku. Dengan serba salah aku perkenalkan tunangku padamu . senyuman yang penuh dengan paksaan jelas terukir di bibirmu.  

Aku tahu hatimu sekali lagi hancur bila ibu mamberitahu tunangku bahawa kau adalah sahabat baikku dan anak angkatnya. Maafkanlah ibuku Min, dia tidak mngetahui tentang perhubungan kita. Sejambak ros merah pemberianmu masih ada dalam simpananku. Walaupun sudah kering, rose itulah yang menjadi perhiasan pejabatku kini. 

 Di hari persandinganku kau tiada Min.. kata ibumu kau perlu menghadiri mesyuarat penting di Singapore. Aku tahu itu cuma alasanmu Min. sebenarnya aku juga tidak mahu kau lihat hari kehancuran cintamu itu berlangsung. Maafkan aku Min. maafkanlah segala kesalahanku. Halalkanlah segala pemberianmu. Terima kasih atas segala pengobanan dan perhatianmu untukku. Aku hargai cinta sucimu Min.. lepaskanlah aku..

Kasih sayang mu.. adalah kekutaanUntuk menumpuh segala dugaanYang tak tergambarkan oleh insan yang lemah seperti kita.. 

 Kini sudah terlalu lama peristiwa itu berlalu Min. sejak aku berpindah di Utara tanahair.. kau tidak lagi kutemui, dari kejauhan itu aku terima perkhabaran dari sahabat mu yang kebetulan bertugas berhampiran dengan pejabatku. Menurutnya kau kini sudah berteman. Apayang membuat aku sedih, kata sahabatmu wajahnya tidak ubah seperti ku. Khabarnya dia juga manja sepertiku.

 Bagaimanapun pilihanmu Min.. aku tetap mendoakan kebahagiaan mu. Semoga kau bahagia seperti mana aku sekarang. Alhamdullilah aku kini telah di kurniakan sorang putera Min. hidup kami bertambah berseri dengan kehadiran permata hati itu. aku yakin kau pasti rasainya kelak.. insyallah..  Tidak ku duga kita bertemu lagi Min. entah mengapa jantung ku bergetar lagi.. ah! Itu hanyalah mainan perasaan.

Aku tunjukkan padamu putera hatiku, jelas kau tersenyum dan menyatakan raut wajah puteraku lebih pada ayahnya. Kau juga telah memperkenalkan aku pada gadis itu . Min gadis itu sungguh manis.. Sekalipun ku miliki esok..Takkan ku tolak ketentuan… Min.. janganlah kau salah sangka dengan coretan ini. Bukan bermaksud melukakan hatimu tidak juga bererti berlaku curang pada suamiku. Ini hanyalah sekadar nostalgia semalam yang masih tersimpan rapi di kotak memoriku… berakhir juga lagu itu Min.. seperti berakhirnya cinta kita. Tidak sekalipun aku menyalahkan takdir. Kerna segala yang baik itu adalah anugerah dari Nya manakala yang buruk itu berpunca dari kita sendiri.

  *Inspirasi dari lagu andai ku miliki semalam dendangan Search.. 

Nukilan: Iziyanaiziyana@yahoo.com


Blog Stats

  • 65,407 hits

Hello……!!