Archive for the 'Jom Tengok Wayang' Category

INTAN EP147 P6/6 (FINAL PART)

hahahahhaa…kawan aku layan intan lak..hehehe, apa2 pun citer ni best kan..kan…

Fikir-fikir

video klip utk di fikir2 kan….

 

analisa filem2 p ramlee dibawah dikaitkan dengan kejadian hari ini….filem

sindir sindiran, yg tak dimakan zaman]

 

Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling

menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan

main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng

mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.

Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi

itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan

bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

 

Banyak terjadi sekarang…. Laporan audit negara tahun 2007, begitulah

keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal

pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang

yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati

penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

 

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.

Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender

itu.

Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak

sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku

ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun

Kemudian, dalam ’scene’ yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

 

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat

perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu

ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada

yang dapat perlindungan pula itu.

 

Cuba pula kita lihat 3 Abdul…tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi

kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar

perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat

memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air

liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada ‘25%’ itu untuk

orang tengah.

 

“Kalau marah nanti kena jual”. Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul

dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan

orang marah.

 

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah

ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah.

Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang,

bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu.

Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling

senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak

senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan

jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

 

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu

tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu

ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus

kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

 

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi.

Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun

mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri

masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan

perlakuan.

 

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan

pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance.

Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam

sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat.

Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi

sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.

“kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan

mengambil tindakan”

Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

 

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi,

kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40

tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat

komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

 

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat

mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung

wayang…atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif

dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada

bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali.

P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi

menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

 

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si

Sultan.

Pertaruhan.. .perjudian. .dah tentu ada taukehnya..

Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang

patut jadi “ketua kepada segala ketua perbicaraan” . Sang penasihat, Si Kitul

jadi dalangnya. “correct… correct”

 

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang

dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti

sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia

yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam

broker.

 

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu

oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang

secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu

badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil

duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak

tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia

dan komplot.

 

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat

masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing

tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden,

hakim tergadai maruah.

 

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak

pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman

P.Ramlee hidup dulu.

 

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia

satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee.

Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan

dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi

kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar

Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam

macam-macam lagi kerana wanita.

 

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling

tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi

mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

 

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap,

masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan

Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang

tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.

 

Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada

waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan

Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

 

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi

pula dengan ‘happy ending’ sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee

jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan

kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV

jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

 

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan

filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa

sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose,

Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih

relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak

lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

 

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang

juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis

dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee

sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri

sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi

karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar

diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia

gelakan diri sendiri …. hahaha….

 

Forbidden Kingdom

Arahan : Rob Minkoff
Penerbit : Casey Silver
Pelakon : Jet Li, Jackie Chan, Chou, Micheal Angarano, Yifei Lui, Bing Bing Li, Morgan Benoit
Diterbitkan oleh : The Weinstein Company

Filem Forbidden Kingdom merupakan sebuah filem bergenre aksi, fantasi, penggembaraan dan lucu. Ia memulakan tirai tayangan dengan kisah seorang remaja Amerika bernama Jason (lakonan Angarano) di abad ke-21 yang sangat meminati filem-filem aksi kung-fu dari Hong Kong. Ketika membeli klip filem Hong Kong di sebuah kedai, Jason tertarik pada sebilah tongkat yang kelihatan antik dan unik tanpa mengetahui latar belakangnya.

Tiba-tiba, Jason telah mendapati dirinya berada di zaman lama China. Rupa-rupanya, tongkat tersebut adalah tongkat sakti yang digunakan oleh Monkey King pada 500 tahun dulu ketika menentang Maharaja Jade dari pasukan Warlord.
 
Sementara itu, Monkey King telah diajak memperlihatkan kekuatan masing-masing di istana Maharaja Jade. Namun, Maharaja Jade (Collin Chou) telah menipu Monkey King sehingga dia menjadi batu dan tongkat sakti tersebut dicampak ke tengah-tengah negeri. Menurut ramalan, seorang remaja dari dunia luar akan menjumpai  tongkat sakti dan mencari Monkey King yang telah bertukar menjadi batu.

Jason memulakan pengembaraannya untuk mengembalikan tongkat sakti tersebut kepada Monkey King dengan sahabat baru yang ditemui iaitu Mahaguru kungfu, Lu Yan (Jackie Chan), Silent Monk (Jet Li) dan Golden Sparrow (Crystal Liu Yi Fei), yang mengetuai penggembaraan tersebut.

Penggembaraan mereka dihalang oleh sekutu Maharaja Jade iaitu Ni Chang yang berambut putih (Li Bing Bing). Sepanjang penggembaraannya Jason belajar mengenai kejujuran, kesetiaan, persahabatan dan erti sebenar kung-fu.

Jika nak tahu samada Jason dan rakan-rakannya berjaya mengembalikan tongkat sakti atau tidak dan mampukah Jason pulang ke zamannya semula,  para peminat sekalian kenalah tengok sendiri filem ini di pawagam yang mula ditayangkan pada 18 Januari ini. Jom serbu!

sumber : Mangga.


Blog Stats

  • 63,624 hits

Hello……!!