Archive for the 'INFO SIHAT' Category

Info Sihat

Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COOL water.
Do not have HUGE meals after 5pm.
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning, less at night.
Keep your distance from hand phone CHARGERS.
Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Accord ing to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate?

TYPE O You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.
TYPE A You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.
TYPE B You’re a rugged individualist, who’s str aightforwa rd and likes to do things your own way.  Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.
TYPE AB Cool and controlled, you’re generally well liked and always put people at ease. You’re a natural entertainer who’s tactful and fair. But you’re standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.

Hamil sebelum nikah

Soalan

SAYA mempunyai ibu saudara yang hamil sebelum berkahwin. Ketika berkahwin kandungannya berusia dua bulan dan kini dia sudah melahirkan bayi perempuan. Adakah sah perkahwinan ketika seseorang wanita itu hamil?

Adakah anak itu boleh dibintikan dengan nama ayahnya (juga ayah biologi anak berkenaan). Adakah ayahnya boleh menjadi wali jika dia berkahwin kelak?

NURRUL
Kuching

Jawapan

Antara wanita yang haram dikahwini ialah wanita hamil atau sudah berkahwin. Dalam hal wanita yang hamil luar nikah, perkahwinannya sah kerana kehamilannya tidak diiktiraf dan tidak termasuk wanita hamil yang dilarang kahwin tadi.

Jika anaknya lahir selepas usia perkahwinannya lebih enam bulan, sah anak itu dibinkan pada ayahnya. Bagaimanapun, ‘ayah’ itu tidak boleh mewalikan anaknya yang terhasil hubungan luar nikah. Anak itu akan menggunakan wali raja jika ingin berkahwin. Dia juga tidak layak mewarisi harta pusaka ayahnya.

Mee Banjir- Kuala Sepetang

sapa2 yg boring duk umah minggu ni..apa kata gi la ronda2 kawasan taiping dan jgn lupa ker kuala sepetang makan MEE UDANG / MEE BANJIR, dari KL ker taiping 2 1/2 je driving ikut highway,kalau ikut jln lama bih kurang 3 jam mcm tu….kalau dari utara..rasanya dekat sikit. (agaknya la ye)

puh….sedap tu..!!!!!

geram nya……!!! ,

ni contact no..mana tahu sesat ker tak jumpa2 jln ke kuala sepetang, call la no..tu..,sapa yg ada google earth tu boleh la tengok jalan nya sebelum ke sana…, “segala kesesatan ada lah tangujawab sendiri..” hahahahhahahahah…..

Nikmat Bersetubuh Didalam Syurga

sibok bersetubuh

Firman Allah:

“Sesungguhnya penghuni2 syurga pada hari kiamat sibok bersetubuh dgn bidadari.”(55: Yasin)

kemampuan seks yg amat hebat

Imam Tirmizi telah meriwayatkan hadis drpd Anas bin Malik r.a; Nabi s.a.w bersabda:

“Orang beriman akan diberi kekuatan jimak seratus kali ganda di dalam syurga.”(Hasan sohih)

berjimak dgn berapa bidadari sehari?

Ade yg bertanya kpd Nabi s.a.w: “Adakah kami akan bersetubuh dgn isteri2 kami di syurga.?”

Nabi s.a.w menjawab:-

“Sesungguhnya seseorang lelaki itu ada yang sehari bersetubuh dgn seratus org bidadari”(Hr Tirmizi-sahih)

Di mana ahli syurga bersenggama?

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya org yg beriman di dlm syurga memiliki khemah yg diperbuat drpada permata yg berongga dimana panjangnya 60 batu. Disitu terdapat isteri2 dan bidadari2nya dan dia dgn berjimak satu persatu mereka kesemuanya.”(Hr Bukhari dan Muslim)

setiap malam adalah malam pertama?

Abu Hurairah berkata “Ya Rasululallah adakah kita akan bersetubuh di syurga?
Baginda menjawab “Ya. Demi diriku dalam kuasanya; akan berlakunya persetubuhan demi persetubhan. Bila selesai je hubungan maka akan menjadi bersih dan dara semula.”(Hr Ibnu Hibban-hasan)

ereksi yg berpanjangan? wow…

Baginda ditanya “Adakah penghuni syurga menggauli isterinya di syurga?” Nabi menjawab: “Ya; dengan zakar yg sentiasa tegang tidak kendur, faraj yg sentiasa sempit tidak longgar dan keinginan nafsu syahwat yg sentiasa memuncak.”(Hr Thabrani-hasan)

tanpa air mani

Nabi s.a.w ditanya “Adakah ahli syurga berjimak?”
Bagind menjawab “Berlakunya jimak demi jimak; tetapi tanpa ada air mani dan tanpa ada kematian.”(Thabrani-daif)
walaupun sanadnya lemah tapi disokong dgn hadis sahih yg mengatakan ahli syurga tidak kencing, tidak berak dan tidak meludah kerana sebab yg sama iaitu kotor. Yg penting dlm berjimak ialah kenikmatan…..

Said bin Jubair seorang tabien yg terkenal berkata: Syahwat ahli syurga akan meresap ketubuhnya sehingga merasai kelazatan dan kenikmatan jimak selama 70 tahun.

Tetapi bagaimana kita nak memiliki bidadari ni?
Jawapanya Firman Allah: “Dan bagi org2 yg beriman dan beramal soleh mereka akan memilki pasangan2 yg suci di dalam syurga.”(25: Al-Baqarah)

Macamane nak memiliki syurga?
Jawapannya Firman Allah: “Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta org2 beriman dgn syurga..(111: Taubah)

Macamane serah diri dan harta pd Allah?
Jawapannya Firman Allah(sambungan ayat diatas): “Mereka Berjuang memerangi musuh2 Islam di jalan Allah dan ada yg membunuh dan ada yg terbunuh..(111: alTaubah)

Mari kita serah jiwa raga dan harta kepada Islam bukan kepada mengejar dunia… Jgn fitkan mase pd musim exam ja.. musim cuti kita mesti dalami ilmu Allah dan jalankan kerja dakwah sebagi bekal utk memerangi musuh2 Islam.. utk muslimin yg ditindas kita wajib memberikan doa, infaq dan boikot barangan Israel n Amerika..

rujukan: 1. Hadil Arwah oleh Ibnu Qayyim dan at-Tazkirah oleh Qurtubi

Posisi Tidur Menurut Islam dan Sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus

Menahan Marah.

Menahan marah kerna perkara dunia adalah sifat terpuji. Firman Allah:

Tafsirnya: Dan hendaklah kamu saling bersegera merebut keampunan dari tuhanmu dan syurga yg seluas langit2 dan bumi; disediakan utk org bertakwa. Iaitu org2 yg menginfakkan hartanya dlm keadaan susah dan senang, yg menahan marahnya dan org yg memaafkan manusia lain; dan Allah kasih kpd org2 yg bersifat ihsan.(133 dan 134: Ali Imran)

Nabi bersabda: Sesiapa yg menahan marahnya sedangkan dia mampu untk melepaskan kemarahannya akan dpanggil pd hari kiamat dihadapan seluruh mahkluk dan akan diberikan kpdnya utk memilih mana2 bidadari yg dia kehendaki.(HR Tirmizi)


Cara2 merawati sifat marah:

1. Hendaklah dia memikirkan tentang kelebihan org yg brsifat lemah lembut dan menahan marah.
NAbi bersabda:
Siapa yg menahan marahnya; Allah akan menahan azabnya.(HR Thabrani; doif)

2. Hendaklah dia menakutkan dirinya dgn azab Allah sekiranya dia meneruskan kemarahannya dgn melakukan perkara yg dilarang(walaupun hanya sekadar memaki).

3. Hendaklah mengingatkan dirinya akibat dari dia melepaskan marahnya iaitu dendam dan permusuhan.

4. Hendaklah dia membayangkan betapa buruk dan hodohnya rupanya ketika marah.

5. Memikirkan tentang sebab dia marah dan hendak membalas dendam. Kalau kerna dunia dan syaitan atau hawanafsu maka hendaklah dia jauhkan.

Ini semua sekiranya dia marah bukan kerna agama. Kalau kerna agama dan persaudaraan seislam maka itu adalah marah yg terpuji dan dituntut sprti marah kepada org yg melakukan maksiat secara terang2 dan benci dan amat marah pd yahudi yg menyiksa umat Islam.
rujukan: Mau’izatul Mukminin oleh Jamaluddin al-Qasimi

Survival kanser hati

 

Dianggarkan seramai 378 lelaki dan 150 wanita bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser hati.

 

Kanser hati tersenarai pada kedudukan keenam penyakit kanser yang biasa ditemui di dunia dan merupakan punca ketiga kematian yang berkaitan dengan penyakit kanser.

Lebih 600,000 kes kanser hati didiagnosis di seluruh dunia setiap tahun dan jumlah tersebut semakin meningkat.

Di Malaysia, menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan Mengenai Kejadian Kanser di Malaysia 2003 yang diterbitkan pada tahun 2004, kanser hati merupakan kanser ke-10 paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan wanita.

Menurut konsultan dalam bidang onkologi klinikal di sebuah hospital swasta, Dr. Chong Kwang Jeat : “Dianggarkan seramai 378 lelaki dan 150 wanita dalam setiap 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser hati.

“Sungguhpun demikian, bilangan ini mungkin lebih daripada itu kerana masih banyak kes penyakit kanser hati yang masih belum dilaporkan kerana kurang kesedaran mengenainya.”

Disebabkan itu, katanya lagi, terdapat keperluan penting bagi mengesan dan mewujudkan diagnosis, di samping rawatan yang memanjangkan hayat yang lebih efektif.

Hepatocellular carcinoma (HCC) merupakan bentuk kanser hati yang biasa ditemui dan bertanggungjawab untuk kira-kira 90 peratus kanser hati malignan utama dalam kalangan dewasa.

Pada hari ini, kadar survival selama lima tahun bagi penghidap penyakit kanser hati di Eropah ialah 8.6 peratus, Amerika Syarikat (kurang 10 peratus) dan Asia (kurang 10 peratus bagi tumor yang tidak boleh dibedah).

Kanser hati di benua Asia Pasifik kian berkembang kerana bilangan tinggi jangkitan virus Hepatitis B kronik, yang kini memberi kesan kepada kira-kira 275 juta penduduk di benua itu.

“Penyakit kanser merupakan penyakit yang boleh membawa maut kerana ia biasanya lambat dikesan.

“Ini kerana tidak terdapat simptom pada peringkat awal penyakit. Simptom-simptom yang wujud pada tahap seterusnya termasuk gumpalan, ketidakselesaan pada bahagian kanan abdomen, kesakitan sekitar sebelah kanan tulang belikat atau kulit yang kekuningan atau jaundis,” ujar Kwang Jeat yang menghadiri sidang media penggunaan rawatan sorafenib bagi penghidap HCC anjuran Bayer Schering Pharma Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Selain itu, simptom-simptom lain adalah pengurangan berat badan yang mengejut, kurang selera makan yang berterusan, terasa kenyang dengan mudah walaupun baru menjamah sedikit makanan, kepenatan yang luar biasa dan loya.

Faktor risiko menghidap kanser hati termasuk jangkitan kronik virus Hepatitis B atau C yang berkait dengan sirosis; sirosis atau gangguan struktur hati normal oleh fibrosis dan pembentukan nodul yang disebabkan oleh pelbagai keadaan progresif kronik yang memberi kesan pada hati seperti penyalahgunaan alkohol; obesiti, diabetis dan penggunaan tembakau.

Pendedahan jangka masa panjang terhadap aflatoxin iaitu toksin yang dihasilkan oleh beberapa spesies fungus yang boleh ditemui pada kacang tanah, pepohon kacang dan benih berminyak; penggunaan steroid anabolik dalam jangka masa panjang dan air yang tercemar dengan arsenik juga merupakan faktor risiko HCC.

Secara amnya, kanser dirawat dengan menggunakan kaedah kemoterapi dan radioterapi. Namun demikian, bagi kebanyakan penghidap kanser hati, rawatan tersebut adalah sukar kerana tahap toksik ubat-ubatan antikanser meningkat dan fungsi hati mereka terjejas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perubatan Dalaman Universiti Mainz, Jerman, Prof. Dr. Peter Galle, memaklumkan bahawa jumlah kematian disebabkan oleh penyakit tersebut terus meningkat.

“Sebelum ini, para pesakit pada peringat terakhir penyakit ini tidak mempunyai pilihan rawatan efektif dan mungkin meninggal dunia dalam masa setahun selepas diagnosis.

“Dengan sorafenib, kita kini mempunyai peluang untuk melanjutkan kadar survival pesakit sehingga lebih 44 peratus.”

Sorafenib merupakan terapi pertama dan satu-satunya ubat rawatan oral antikanser untuk penghidap HCC.

Setakat ini, ia merupakan satu-satunya ubat yang memperbaiki kadar jangka hayat penghidap HCC di peringkat lanjut.

Ubat oral tersebut adalah salah satu kelas terbaru terapi kanser yang berfungsi dengan mensasarkan dan menghalang protein yang menghantar isyarat dalam sel.

Ini seterusnya menghentikan penambahan bilangan sel tumor dan juga memotong bekalan darah terhadap ketumbuhan tersebut.

Pengambilan sorafenib mempunyai kesan sampingan yang boleh dirawat termasuk reaksi kulit pada kaki dan tangan seperti kemerah-merahan dan masalah cirit-birit.

Sorfenib telah diluluskan penggunaan untuk rawatan HCC oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Disember 2007.

Menariknya, Malaysia merupakan antara negara terawal yang membenarkan penggunaan ubat oral tersebut selepas ia diluluskan penggunaannya oleh Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) untuk rawatan penghidap HCC pada November 2007.

Sebulan sebelum itu, tablet sorafenib juga diluluskan untuk rawatan HCC oleh Agensi Perubatan Eropah (EMEA).

Pada Disember 2005, FDA telah meluluskan ubat tersebut untuk rawatan kanser buah pinggang atau renal cell carcinoma (RCC) di peringkat lanjut.

Ini menjadikannya rawatan kelulusan FDA pertama untuk penyakit tersebut dalam masa lebih sedekad.

Sorafenib kini diluluskan di lebih 70 buah negara untuk rawatan peringkat lanjutan kanser buah pinggang dan rawatan HCC di lebih 40 buah negara.



 

Syarikat-syarikat, kumpulan penyelidik antarabangsa, agensi-agensi kerajaan dan pengkaji sedang menilai keberkesanan sorafenib sebagai agen tunggal atau rawatan kombinasi pelbagai bentuk kanser termasuk kanser paru-paru, kanser payu dara dan sebagai terapi tambahan untuk kanser buah pinggang.

“Kehadiran sorafenib memberikan impak yang besar dalam memperbaiki kesan rawatan dan juga kehidupan bagi pesakit-pesakit yang berhadapan dengan penyakit ini, ” kata Galle

Seks adalah multivitamin

Seks adalah multivitamin

Bila anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu mampu menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit tentang ilmiah bagaimana seks boleh menghilangkan sakit kepala. Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki kesan seperti morfin. Secara amnya mungkin boleh diertikan “semakin banyak orgasme, maka semakin ‘banyak ubat sakit kepala’ yang dikeluarkan”.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahawa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan bekerja aktif ketika anda sedang berghairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

Bukan rahsia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualiti kesihatan anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital, David Weeks, mengatakan bahawa melakukan hubungan seks yang cukup, boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu anda menjadi lebih tenang dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, iaitu hormon yang menghasilkan perasaan tenang dalam otak.

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%. Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari kesan penuaan dan memberi kesan mengantuk. Dengan demikian, anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus bergantung pada ubat atau jamu.

Dengan takdir Tuhan, anda boleh panjang umur hasil dari hubungan seks. Percaya atau tidak, setelah melakukan kajian lebih dari 10 tahun di negara bahagian Welsh, Inggeris, Profesor dari Bristol University, Shah Ebrahim, mengatakan bahawa seks dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung atau stroke. Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.

Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, anda akan merasa lebih sehat dan bahagia. Mungkin anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah “mati” ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu
boleh diperbarui.

Dengan melakukan hubungan seks, berarti anda merangsang pembinaan sel-sel dalam tubuh anda sendiri. Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.

Dengan maklumat di atas, mungkin dapat membantu hubungan cinta yang dikatakan sebagai relatif aman damai.

 

Diet mengikut kumpulan darah

Diet mengikut kumpulan darah.sejauh mana kebenarannya.

Kesihatan merupakan asset penting bagi seseorang individu untuk memastikan keseluruhan system koordinasi badan berada dalam keadaan stabil dan normal.Sesungguhnya,Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
لقد خلقناالانسان فى احسن تقويم

Namun,dewasa ini,kadar peningkatan penyakit berbahaya di Malaysia semakin parah dan merungsingkan banyak pihak.antara pembunuh utama 90% rakyat Malaysia hari ini ialah penyakit jantung dan kanser.Adakah kalian semua tidak mensyukuri nikmat sihat yang dikurniakan allah?Rasul s.a.w bersabda:”rebutlah 5 perkar sebelum datangnya 5 perkara,antaranya ialah sihat sebelum sakit”.

tahukah kalian bahawa jantung merupakan satu organ yang diciptakan Allah untuk mengepam darah ke seluruh badan kita dan membolehkan segala aktiviti yang kita lakukan seharian berjalan dengan lancar dan tersusun.Jantung ibarat ‘center region’ yang berfungsi sebagai butang kawalan dalam badan kita yang mengepam dan memastikan perjalanan aliran darah ke ogan atau sel tertentu dalam keadaan yang sangat bersistematik.

Apakah sebenarnya penyebab utama penyakit fizikal ini timbul?faktor pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca utana kepada permasalahan ini.rata-rata masyarakat hari ini lebih cenderung memilih makanan segera seperti makanan yang diitnkan,serbuk-serbuk perasa yang mengandungi monosodium glutamate(MSG),sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memberi kesedapan kepada makanan dan beberapa produk makanan segera yang lain. Kesemua jenis makanan ini memberikan impak negative terhadap pertumbuhan tubuh dan memudaratkan system imun tubuh terhadap serangan antigen perosak dari luar.

Setiap penyakit mesti ada penawarnya.namun,pencegahan awal lebih baik darpada mengubati walaupun penyakit yang dihadapi masih di tahap pertama iaitu tahap kawalan. Ramai orang menginginkan berat badan yang ideal iaitu BMI(Body mass index) tidak melebihi 24 kg/m2 dan tumbesaran yang sihat.pengamalan diet dalam pemakanan seharian amat dititikberatkan dan perlu dipatuhi.diet merupakan method yang berkesan untuk mengatasi masalah pelbagai jenis penyakit bagi seseorang individu.namun,harus berwaspada kerana diet yang berlebih-lebihan akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti aneroksia nervosa dan bulimia.biasanya penyakit ini selalu menyerang wanita kerana interpretasi dan persepsi wanita terhadap berat badan yang unggul amat dititikberatkan.oleh itu,mereka akan mengambil diet yang berlebihan sehingga boleh memberi kemudaratan kepada diri sendiri.

Jika dulu,pengamal perubatan pemakanan mengesyorkan diet mengikut pyramid makanan berpaksikan 4 kumpulan makanan yang kita makan setiap hari iaitu kumpulan carbohydrate,protein,lemak dan air.namun,pelaksanaan system ini didapati kurang berkesan dan kurang sistematik kerana dari masa ke masa,pertambahan bahan kimia dalam makanan semakin meningkat dek mengikut arus sosiobudaya masyarakat yang semakin dihimpit kesibukan kerjaya dan dunia tanpa memikirkan soal pemakanan yang mereka ambil sama ada mengkut piawaian pyramid makanan ataupun tidak.

Oleh itu,Peter D-adamo,seorang saintis dari Barat telah memperkenalkan sejenia diet yang amat mudah untuk diamalkan.apa yang anda perlu buat ialah anda perlu memastikan kumpulan darah anda dan anda sekarang sudah bersedia untuk mengikuti pengamalan diet seperti ini.mudah bukan?hasilnya pun bakal memeberikan seribu satu impak positif kepada anda. diet mengikut kumpulan darah masing-masing.pada mulanya,hasil kajian beliau ditentang.namun,beliau tidak berputus asa malah dengan berbekalkan sekelumit semangat yang ada,beliau bangkit dengan menerbitkan satu buku bertajuk ‘Eat right for your type’ dan buku ini telah mendapat sambutan hangat dari banyak pihak.di seluurh duniaTidak adakah saintis Islam yang mampu bangkit sebaris dengan dengan Dr Peter malah lebih tinggi daripada itu?Tepuk dada Tanya iman.

Dr Peter telah mengaplikasikan teori diet mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w dalam kajiannya.beliau menggunakan lentil,sejenis bahan dalam kekacang untuk bertindak balas dengan coordinator tubuh dan menghasilkan tindak balas motor yang mengurangkan tindakan kawalan fizikal badan untuk melakukan aktiviti seharian .maksudnya,badan kita sentiasa berada dalam keadaan relax dan pembinaan protein untuk tumbesaran tubuh berjalan dengan pesat. seterusnya,beliau mengatakan untuk kumpulan darah jenis O,individu terbabit dikategorikan sebagai ‘meat hunter’,kumpulan darah A dikenali sebagai vegetarian,kumpulan B dan AB lebih kepadai omnivore.Rasulullah sendiri tidak menggalakkan umatnya makan daging bersama susu dan ikan bersama susu.ini amat bertepatan sekali untuk kumpulan darah A di mana individu tersebut tidak boleh minum susu dan makan daging sebaliknya dineutralkan dengan pengambilan sayur-sayuaran yang banyak agar kesihatan terjaga dengan sempurna.Indahnya Islam!

Tuntasnya,pengamalan diet mengikut jenis kumpulan darah ini masih baru lagi pada persepsi masyarakat sekalian.amalan diet mengikut kaedah ini dipercayai berkesan membantu mengembalikan semula berat badan yang ideal dan normal dan dapat mencegah daripada penyakit berbahaya seperti kanser jantung,kanser peparu,diabetes mellitus yang banyak menyerang masyarakat kita sekarang terutama masyarakat Melayu.mungkin kerana penyedaan resepi masakan yang mengandungi banyak lemak,tinggi kandungan kolesterol dan peningkatan kadar glukosa dalam makanan hatta nasi yang kita makan setiap hari dan setiap 3 kali sehari jua mampu mengundang penyakit kencing manis.!

Bercumbu dalam edah

SAYA pernah membaca mengenai pasangan bercerai yang belum tamat tempoh edah boleh rujuk kembali hanya dengan bercumbu atau bersama tanpa perlu merujuk di mahkamah. Adakah ia benar kerana ia terjadi pada saya.

Ketika hamil, suami menjatuhkan talak. Namun selepas beberapa minggu kami bertemu semula dan bercumbu (tanpa melakukan hubungan kelamin) tetapi hingga mengeluarkan air mani. Perkara ini berulang sehingga selepas saya bersalin.

Saya merelakan kerana masih sayangkan bekas suami. Adakah saya masih isterinya atau ibu tunggal? Kami tidak tinggal bersama, cuma sesekali bekas suami datang apabila mahu bertemu anak.

NAS

Johor Bahru

Jawapan

Pasangan yang bercerai dengan talak raj’ie boleh berbalik semula selama mana dalam edah. Rujuk ini dibolehkan dan adalah hak suami berdasarkan firman Allah maksudnya: “Dan bekas suami mereka lebih berhak rujuk kepada mereka selama masa edah itu.“ (Al-Baqarah, 229)

Disebabkan ia hak suami, dalam rujuk tidak memerlukan syarat seperti kerelaan isteri, makluman wali atau saksi.

Dalam masalah puan, perbuatan suami menceraikan isteri yang hamil adalah berdosa, namun talak itu sah. Jika suami datang dan bercumbu ketika dalam edah, sah rujuk menurut kebanyakan ulama kecuali Imam Shafei.
Ulama berpendapat, rujuk sah dengan perkataan dan perbuatan seperti berjimak dan permulaan jimak seperti sentuhan yang menaikkan syahwat dan ciuman.

Imam Syafie berpendapat rujuk hanya boleh dengan ucapan yang terang dan jelas dimengerti. Tidak boleh dengan bersetubuh dan rangsangan.

Next Page »


Blog Stats

  • 64,818 hits

Hello……!!