Archive for the 'dari METRO' Category

Niaga sistem piramid haram

SAYA hendak bertanya pendapat Dr mengenai perniagaan pelbagai peringkat (MLM) seperti membuat pembayaran RM1,000 (perkara A ), termasuk yuran RM30 dan membeli lesen perniagaan RM70 manakala selebihnya RM900 sebagai bayaran produk syarikat.

Bagi mendapatkan bonus perniagaan, seseorang itu perlu mendapatkan orang (downline) untuk mendengar ceramah syarikat terbabit dan jika mereka berminat perlu mendaftar seperti perkara A di atas.
Kemudian ‘upline’ (orang yang di atas) akan mendapat bonus sebanyak 10 peratus (tahap satu), 20 peratus (tahap dua), 29 peratus (tahap tiga), 38 peratus (tahap empat) dan 41 peratus (tahap lima) melalui yuran setiap peserta.

Apakah pendapat Dr dalam sistem perniagaan ini? Adakah ia bersih dari unsur riba, perjudian, zalim dan gharar?

JAINAH,
Sabah.

PADA pendapat saya ia termasuk dalam sistem piramid atau perniagaan ala ‘Pak Man Telo’ dan bukan bentuk perniagaan atau pelaburan.

Anda tidak sepatutnya menyertai skim sedemikian kerana ia hanya agihan pendapatan berdasarkan ‘downline’ dan ‘upline’ dan tidak membabitkan perniagaan secara sah.

Akhirnya ia akan ditutup apabila tiada ahli baru menyertai skim itu. Ia membawa kerugian terutama orang bawahan.

Skim sedemikian adalah haram kerana ia adalah suatu penipuan dan mereka yang menyertainya mengambil hak orang lain.

Mengikut saranan Islam dalam mencari pendapatan ialah berdasarkan firman Allah bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri [dengan sebab memakan hak orang lain lahir perkelahian sesama anggota masyarakat yang boleh membawa pembunuhan]. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.” (al-Quran (4): 29).

Proses perkahwinan meragukan

SAYA bernikah dengan seorang lelaki warga asing pada Jun 2005. Kami dinikahkan ahli keluarga suami saya di Malaysia secara rahsia, tanpa pengetahuan keluarga saya di Perak. Namun, kini keluarga dapat tahu saya sudah berkahwin tetapi saya memberitahu mereka saya bernikah di Singapura.

Orang yang terbabit dalam pernikahan saya ialah seorang lelaki (kadi) dan seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai saksi (akibat tidak cukup saksi lelaki).

Cara pernikahan, saya dan suami berlutut di depan kadi dan kedua-dua tangan kami digenggam bersama-sama tangan kadi berkenaan.

Sebelum itu, kadi memberitahu hukum hakam pernikahan dan tanggungjawab dalam perkahwinan menurut Islam. Kemudian kadi bertanya kami sama ada bersetuju dengan pernikahan berkenaan. Selepas saya dan suami bersetuju, baru kami dinikahkan.

Kini saya mempunyai anak perempuan berumur satu setengah tahun, tetapi dia tidak mempunyai sijil kelahiran kerana kami tiada sijil nikah.

Kini kami juga tinggal berasingan dan hanya sekali saja ‘bersama’. Namun suami tetap memberi nafkah (kewangan) seperti biasa.

Saya ingin tahu, adakah sah pernikahan kami tadi mengikut hukum Islam? Jika sah, bagaimana caranya untuk mendapatkan sijil nikah? Jika tidak apa harus kami lakukan?
ISTERI RESAH
Kuala Lumpur

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB :

Perkahwinan satu sunnah Nabi yang digalakkan untuk diisytiharkan kepada umum. Jika pernikahan puan dibuat secara rahsia dan penuh pembohongan kepada keluarga, sudah tentu hati kecil puan sendiri merasakan ada yang tidak kena dengan perkahwinan itu.

Rukun pernikahan tidak sempurna, cara pernikahan diadakan juga berlainan dengan apa yang diamalkan di Malaysia, begitu juga pemilihan wali sepatutnya dari bapa jika mujbir, bahkan saksi perkahwinan iaitu perempuan adalah menyalahi tuntutan agama.

Rukun perkahwinan mempunyai sighah ijab kabul dan bukan sekadar persetujuan. Lebih menyedihkan, anak puan tiada rekod kelahiran kerana tiada rekod perkahwinan.

Sekalipun suami warga asing, perkahwinan yang diadakan di Malaysia hanya boleh dilakukan mereka yang bertauliah dan bukan sembarangan.

Jika diteliti pernyataan puan, perkahwinan ini sangat meragukan kesahihannya.

Sebaik-baiknya dirujuk segera pada jabatan agama terdekat supaya puan tidak terus berada dalam kemaksiatan.

(orgnya lawa…tentu ramai yg minat..kan..kan..kan…)

KAJANG: Walaupun sepi tanpa publisiti sejak kebelakangan ini, pelakon popular Fasha Sandha, 24, masih menjadi topik hangat di kalangan peminat di Internet.

Pelbagai gosip diperkatakan peminat, termasuk mengaitkan pelakon jelita itu sebagai orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Nora Danish dengan Rizal Ashram Ramli, selain diuar-uarkan sedang menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan dengan Rizal.

Malah, pasangan yang sebelum ini mengaku sudah lama berkawan, dikatakan sibuk membuat persiapan hari bahagia mereka yang bakal berlangsung pada Disember ini.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Sutera Maya arahan Kabir Bhatia, semalam, bagaimanapun menafikan perkara itu.Katanya, gosip yang kini tersebar luas itu tidak benar sama sekali dan antara mereka tidak mempunyai sebarang ikatan istimewa

Jika perkara itu benar, saya akan maklumkan pada media tanpa perlu menafikannya. Tapi perkara itu tidak benar. Sebelum ini saya sering kali dikaitkan dengan pelbagai orang kenamaan (VIP).

“Buat masa ini, saya tidak mempunyai hubungan serius dengan sesiapa. Kebanyakan lelaki yang saya kenal dan rapat hanyalah sebagai rakan. Cukuplah saya katakan perkara itu tidak benar,” katanya yang tidak mahu mengulas lanjut.

Rizal Ashram dan Nora bercerai pada 12 Ogos lalu apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan perceraian mereka dengan talak dua.

Rizal Ashram yang juga anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, melafazkan cerai dua kali iaitu pada Februari dan Jun

(cerita selanjutnya kena beli Hmetro le….heheheh,)

Hamil sebelum nikah

Soalan

SAYA mempunyai ibu saudara yang hamil sebelum berkahwin. Ketika berkahwin kandungannya berusia dua bulan dan kini dia sudah melahirkan bayi perempuan. Adakah sah perkahwinan ketika seseorang wanita itu hamil?

Adakah anak itu boleh dibintikan dengan nama ayahnya (juga ayah biologi anak berkenaan). Adakah ayahnya boleh menjadi wali jika dia berkahwin kelak?

NURRUL
Kuching

Jawapan

Antara wanita yang haram dikahwini ialah wanita hamil atau sudah berkahwin. Dalam hal wanita yang hamil luar nikah, perkahwinannya sah kerana kehamilannya tidak diiktiraf dan tidak termasuk wanita hamil yang dilarang kahwin tadi.

Jika anaknya lahir selepas usia perkahwinannya lebih enam bulan, sah anak itu dibinkan pada ayahnya. Bagaimanapun, ‘ayah’ itu tidak boleh mewalikan anaknya yang terhasil hubungan luar nikah. Anak itu akan menggunakan wali raja jika ingin berkahwin. Dia juga tidak layak mewarisi harta pusaka ayahnya.

Terdesak tutup noda

JOHOR BAHRU: “Saya sanggup keluar belanja RM4,000 untuk melakukan pembedahan pemulihan selaput dara semata-mata bagi meyakinkan suami saya masih suci pada malam pertama perkahwinan,” kata Lina (bukan nama sebenar).

Dia yang berusia 28 tahun antara segelintir wanita di negeri ini yang pernah menjalani pembedahan seumpama itu di beberapa pusat perubatan sekitar bandar raya ini bagi membolehkan mereka memiliki selaput dara ‘tiruan’ sebelum menempuh alam perkahwinan untuk menutup keterlanjuran ketika zaman remaja.

Lina berkata, dia menjalani pembedahan itu di sebuah pusat perubatan di bandar raya ini awal tahun lalu, sebelum mendirikan rumah tangga seminggu kemudian.

“Biarpun dihantui rasa bersalah dek kesalahan lampau, saya lega kerana selaput dara saya seolah-olah pecah dan berdarah pada malam pertama perkahwinan kami.

“Hingga sekarang, saya tak pernah menceritakan pengalaman hitam silam kepada suami. Bukan apa, saya takut dia tak dapat menerima kenyataan hingga menjejaskan keharmonian rumah tangga kami.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami aman damai dan saya baru saja menimang cahaya mata pertama, April lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Mengimbau semula kisah silamnya, Lina berkata, dia dinodai bekas teman lelakinya ketika menuntut di luar negara, lapan tahun lalu.

Menurutnya, peristiwa itu berlaku kerana dia terlalu percayakan lelaki terbabit yang juga rakan sekolejnya, selain faktor berada berjauhan dari keluarga.

“Cabaran hidup di luar negara cukup hebat kerana kita bebas daripada kawalan keluarga. Seperti remaja lain, naluri saya ketika itu ingin bercinta, mencintai dan dicintai. Malangnya saya gagal mengawal nafsu hingga hilang perawan.

“Lebih malang, hubungan kami tidak berpanjangan dan terpaksa berpisah selepas kehadiran orang ketiga, juga pelajar Malaysia di universiti sama,” kata eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta di sini.

Gara-gara dikecewakan, kata Lina, dia serik bercinta dan tidak mempunyai teman lelaki sehingga 2005, sebelum bertemu suaminya, seorang eksekutif muda di sebuah syarikat lain di bandar raya ini.

“Kami bercinta dua tahun sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga awal tahun lalu. Ketika itu saya terfikir melakukan pembedahan memulihkan selaput dara selepas membaca artikel di sebuah majalah.

“Lebih mudah apabila saya mendapat tahu daripada beberapa teman rapat khidmat itu turut disediakan di beberapa pusat perubatan di bandar raya ini. Demi masa depan, saya sanggup mengorbankan sebahagian wang simpanan untuk menjalani pembedahan itu. Saya tak pernah menyesal kerana bagi saya itu pilihan terbaik,” katanya.

Sementara itu, pakar sakit puan sebuah pusat perubatan swasta yang enggan dikenali berkata, pembedahan itu disalahgunakan segelintir gadis yang pernah melakukan hubungan seks bersama bekas teman lelaki sebelum ke jenjang pelamin dengan lelaki lain.

Beliau berkata, kebiasaannya, gadis yang terdesak melakukan pembedahan itu berasal daripada keluarga berada selain sanggup menanggung kos rawatan antara RM3,000 sehingga RM5,000 kerana khuatir perbuatan tidak senonoh yang pernah dilakukan bersama bekas teman lelakinya terbongkar pada malam pertama.

Menurutnya, mereka menganggap cara itu penyelesaian terbaik dan mudah berbanding rawatan tradisional memulih dara yang mungkin lebih rumit.

“Sesetengah mereka gadis lepasan universiti sehinggalah wanita bekerja,” katanya.

Beliau berkata, proses melakukan pembedahan itu memakan masa setengah jam dan proses menjahit serta merapatkan kembali ‘dara’ tertakluk kepada keadaan selaput dan mereka akan diperiksa terlebih dulu sebelum proses rumit berkenaan dijalankan.

“Prosesnya agak rumit kerana doktor pakar perlu berhati-hati menjahit selaput menggunakan benang sangat halus, terutama bagi selaput nipis untuk mengelak lebih banyak kerosakan.

“Jahitan pemulihan dara hanya bersifat kosmetik dan ia hanya berfungsi merapatkan kembali selaput berkenaan, tapi tidak mungkin kembali seperti asal.

“Seseorang gadis dinasihatkan melakukan pembedahan pemulihan dara tidak lebih seminggu sebelum malam pertamanya dan jahitan itu hanya kekal sehingga dia melakukan persetubuhan bersama pasangannya itu,” katanya.

Pakar sakit puan itu berkata, secara lazimnya, bukan semua persetubuhan kali pertama menyebabkan pendarahan berikutan selaput dara pecah, sebaliknya bergantung kepada keadaan lapisan dara seseorang wanita.

Menurutnya, mengikut suatu kajian di luar negara, hanya 43 peratus wanita dilaporkan mengalami pendarahan ketika pertama kali melakukan hubungan seks.

Tambahan pula, katanya, selaput dara bukan penentu seseorang wanita itu masih dara atau tidak kerana perubatan moden menunjukkan ada wanita dilahirkan dengan selaput dara terkoyak.

“Selaput dara boleh terkoyak akibat aktiviti lasak atau berpunca daripada hubungan seksual. Oleh itu, tindakan segelintir gadis memulihkan daranya dengan niat buruk boleh dianggap sebagai perbuatan tidak mendatangkan sebarang faedah,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Sakit Puan dan Ginekologi Hospital Pakar Johor, Dr Terence Teoh, berkata kebiasaannya lelaki tidak dapat menentukan sama isterinya dara atau tidak dengan melakukan hubungan kelamin pada malam pertama.

Beliau berkata, tindakan meletakkan kain putih untuk mengesan ‘darah’ seperti amalan pada zaman dulu tidak semestinya benar kerana wanita hanya akan ‘berdarah’ jika selaputnya pecah pada malam itu.

Menurutnya, secara umumnya selaput dara ada lubang sebagai laluan darah haid tetapi saiz lubang itu berbeza antara wanita, ada yang kecil dan besar sehingga tidak terkoyak atau hanya terkoyak sedikit walaupun dengan kemasukan zakar.

“Ada juga wanita yang mempunyai selaput dara elastik dan kekal walaupun banyak kali bersetubuh. Rawatan berkenaan sebenarnya tidak diperlukan. Jika masalah selaput dara boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, ia tindakan tidak munasabah.

“Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga perlu berfikir secara matang kerana kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada selaput dara semata-mata. Terdapat banyak faktor boleh menyebabkan ia terkoyak,” katanya.

Bala suami nafsu iblis

 

KUALA LUMPUR: Nafsu iblis suami yang gemar ‘makan luar’ dengan mengamalkan seks bebas, termasuk meniduri pelacur mengundang tragedi kepada isteri mereka.

Beberapa isteri malang kini hanya menunggu masa ‘dijemput’ ajal selepas dijangkiti virus HIV daripada suami masing-masing.

Mereka yang tidak mengetahui aktiviti ‘gelap’ suami kini menderita dengan pelbagai penyakit berbahaya selain putus harapan untuk meneruskan sisa hidup.

Terbaru, empat isteri yang dijangkiti HIV datang ke pejabat Biro Aduan MCA untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai masa depan anak masing-masing selepas kematian mereka.

Untuk 50 Tahun keatas je..!!

Soalan

SAYA berumur hampir 50 tahun tetapi masih mengadakan hubungan kelamin dengan isteri. Masalahnya apabila di kemuncak untuk memancut, saya rasakan tiada pancutan air mani, seolah-olah kosong.

Jawapan

Biasanya pancutan air mani berlaku bagi lelaki yang mencapai kemuncak rangsangan seksual. Adakalanya proses ejakulasi boleh dikawal dengan mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis atau otot kemut.

Sebilangan lelaki mengamalkan kaedah merancang keluarga yang dikenali sebagai `Coitus Reservatus’ atau mengawal ejakulasi ketika bersetubuh. Kadangkala amalan ini menjadi kekal sehingga pancutan air mani tidak berlaku walaupun tidak lagi mengamalkannya.

Sesetengah lelaki yang mengalami penyakit kencing manis atau memakan ubat mengawal darah tinggi tertentu gagal mencapai ejakulasi atau tiada cetusan pancutan air mani ketika kemuncak.

Ini kerana gangguan urat saraf yang mengawal cetusan air mani. Apabila ubat darah tinggi itu ditukar kepada ubat jenis lain atau penyakit kencing manis terkawal, pancutan air mani berlaku semula.

Ada juga situasi yang mana lelaki gagal mencapai ejakulasi ketika klimaks dan ini berlaku akibat penurunan tahap hormon testosterone. Jarang lelaki yang mempunyai masalah pundi prostat mengalami perkara sama, iaitu ada klimaks tapi tiada pancutan air mani atau air mani masuk ke dalam pundi kencing.

Jadi masalah ini bukan luar biasa. Saya cadangkan anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Jika anda menghidap penyakit kencing manis atau mempunyai tahap hormon testosterone yang kurang, rawatan sewajar dapat diberi.

‘Jenazah’ sangkut

 

KUALA KEDAH: Kesunyian waktu malam bertukar gempar berikutan penemuan ‘jenazah’ yang dikafankan dengan kain putih di Jambatan Tok Pasai di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, ‘jenazah’ berkenaan yang dihumbankan ke dalam Sungai Kedah, bagaimanapun tersangkut di tepi jambatan berkenaan.

Berdasarkan maklumat, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba Jalan Tun Razak diketuai Sarjan Jaafar Abdul Kadir bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 11.15 malam.

Jaafar berkata, anggota bomba mengambil masa 25 minit untuk menarik ‘jenazah’ ke atas Jambatan Tok Pasai, namun mendapati hanya tanah berbentuk manusia apabila membuka kain kafan itu.

Kami tidak tahu apa tujuan pihak tertentu yang mengkafankan tanah hingga menyerupai jenazah sebelum dibuang ke dalam Sungai Kedah dan tersangkut di tepi jambatan,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang berada di tempat kejadian mendapati tanah yang menyerupai ‘jenazah’ itu siap dikafan serta berbau kapur barus seperti lazim dilakukan ke atas jenazah umat Islam.

Pokok pait keluar ‘air mata’

sapa² gi terangganu kirim sebotol airmata pokok ni..bleh.

hehehehe……..

KUALA TERENGGANU: Bunyinya pelik, tetapi benar apabila sepohon pokok yang dipanggil pokok pait dikalangan penduduk tempatan dekat tanah perkuburan Masjid Bukit Besar, di sini, mengeluarkan air seperti ‘air mata’ sehingga penduduk kampung berebut-rebut mengambil air daripada pokok berkenaan.

Selain itu, pokok yang sudah lima hari mengeluarkan cecair putih berbuih dan manis seakan-akan rasa buah itu turut menarik minat penduduk dari kampung lain untuk merasainya.

Seorang warga emas, Zahara Mohamad, 67, dari Kampung Bukit Besar berkata, pokok itu disedari mengeluarkan air pada hari Sabtu lalu, tetapi ketika itu air yang dikeluarkan pahit dan berbau masam.

“Namun kini air itu sudah manis seakan-akan air nira dan berbau seperti santan.

Kebiasaannya daun pokok itu dijadikan ubat oleh penduduk kampung, namun khasiat air pokok berkenaan belum diketahui,”katanya.

Azaz Abdul Rahman, 53, dari Kampung Bukit Besar berkata, dia cuba mengambil air itu dan meletakkannya diatas jari sebelum kira-kira sepuluh minit kemudiannya, urat-urat kecil di jarinya timbul.

“Kemungkinan air daripada pokok itu mempunyai khasiatnya tersendiri kerana jika diikutkan, daun pokok itu digunakan penduduk kampung untuk membuat ubat.

Gigitan cinta digomol pengkid

 

KUALA LUMPUR: Puluhan ‘gigitan cinta’ membaluti tubuh gebu si isteri membongkar hubungan gelapnya dengan seorang pengkid yang juga rakan sekerja sejak beberapa bulan lalu.

Pengkid ialah golongan gadis yang menganggap diri mereka lelaki dan hanya tertarik kepada perempuan.

Rahsia wanita beranak dua berusia lingkungan 20-an itu diketahui selepas suaminya menjumpai cakera padat video (VCD) yang merakamkan aksi ghairah isterinya dan pengkid terbabit di beberapa tempat di ibu kota, termasuk di rumahnya di sini.

Rakaman itu dipercayai dilakukan sendiri ‘teman lelaki’ isteri terbabit yang dikatakan menghadiahkannya bagi memperingati hubungan intim mereka.

Malah, aksi pasangan haram itu turut memaparkan beberapa gambar mereka meraikan ‘bulan madu’ pertama di sebuah lokasi rahsia, termasuk melakukan hubungan tidak sihat.

Tidak ketinggalan beberapa kata cinta seorang kekasih terhadap pasangannya seperti ‘dapat hidup bersama tersayang’ dan ‘berdoa supaya dapat berdua sehingga ke akhir hayat’ juga memenuhi rakaman dalam VCD berkenaan.

Disebabkan tidak tahan dengan perangai isterinya, lelaki berusia lingkungan 40-an terbabit membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Menurut sumber Jais, lelaki itu mulanya tidak mengesyaki kegiatan isterinya yang sering bekerja di luar kawasan bersama rakan sekerja terbabit.

Bagaimanapun, kegiatan terbabit terbongkar apabila suaminya ternampak puluhan ‘gigitan cinta’ pada tubuh isteri selepas pulang bertugas.

Dia juga tidak menyangka rakan sekerja itu tempat isterinya untuk melepaskan hawa nafsu.

“Walaupun isterinya menafikan melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pengkid terbabit yang dikatakan hidup mewah, kesan pada tubuh membuatkan suaminya curiga.

“Kecurigaan itu terjawab apabila VCD yang memaparkan aksi intim dan ghairah pasangan itu dijumpai suaminya yang kemudian terkejut dengan kandungan rakaman terbabit,” katanya.

“Saya difahamkan VCD itu yang disembunyikan adalah hadiah istimewa daripada pasangan pengkidnya,” katanya.

Sumber itu berkata, ada babak dalam rakaman VCD itu dilakukan di rumah wanita itu sendiri selain di rumah pasangannya yang dipercayai menyewa di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, lelaki terbabit yang mendakwa isterinya seorang wanita yang baik percaya dalang sebenar adalah pengkid itu.

Pengkid itu juga didakwa mempengaruhi isterinya supaya menghadiahkan pelbagai barangan berharga, termasuk barang kemas dan kelengkapan kosmetik.

“Lelaki itu juga mendakwa tidak mempunyai krisis yang serius dalam rumah tangganya tetapi terkejut dengan perubahan ketara isterinya.

“Malah, dia mendakwa isterinya masih balik ke rumah walaupun mereka tidak serapat seperti sebelum berkahwin,” katanya.

Sumber itu juga percaya wanita berkenaan sering menceritakan masalah rumah tangganya kepada pengkid terbabit menyebabkan hubungan mereka semakin rapat hingga sanggup melakukan kegiatan tidak bermoral.

Menurutnya, lelaki terbabit membuat aduan kepada Jais bagi membolehkan kegiatan pasangan haram itu ditangani segera berikutan boleh merosakkan rumah tangga dan kehidupan anak pasangan berkenaan.

“Saya difahamkan, kami masih meneliti masalah yang dibangkitkan lelaki itu, termasuk mengambil kira masalah rumah tangga dan sikap pengkid itu,” katanya.

Next Page »


Blog Stats

  • 63,228 hits

Hello……!!