video klip utk di fikir2 kan….
analisa filem2 p ramlee dibawah dikaitkan dengan kejadian hari ini….filem
sindir sindiran, yg tak dimakan zaman]
Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling
menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan
main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng
mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.
Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi
itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan
bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.
Banyak terjadi sekarang…. Laporan audit negara tahun 2007, begitulah
keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal
pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang
yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati
penyamun yang bertali leher dan berkot itu.
Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.
Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender
itu.
Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak
sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku
ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun
Kemudian, dalam ’scene’ yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?
Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat
perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu
ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada
yang dapat perlindungan pula itu.
Cuba pula kita lihat 3 Abdul…tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi
kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar
perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat
memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air
liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada ‘25%’ itu untuk
orang tengah.
“Kalau marah nanti kena jual”. Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul
dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan
orang marah.
Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah
ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah.
Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang,
bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu.
Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling
senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak
senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan
jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.
Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu
tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu
ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus
kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.
P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi.
Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun
mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri
masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan
perlakuan.
Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan
pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance.
Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam
sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat.
Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi
sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.
“kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan
mengambil tindakan”
Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.
P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi,
kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40
tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat
komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.
P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat
mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung
wayang…atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif
dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada
bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali.
P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi
menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.
Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si
Sultan.
Pertaruhan.. .perjudian. .dah tentu ada taukehnya..
Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang
patut jadi “ketua kepada segala ketua perbicaraan” . Sang penasihat, Si Kitul
jadi dalangnya. “correct… correct”
Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang
dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti
sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia
yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam
broker.
Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu
oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang
secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu
badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil
duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak
tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia
dan komplot.
Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat
masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing
tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden,
hakim tergadai maruah.
Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak
pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman
P.Ramlee hidup dulu.
Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia
satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee.
Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan
dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi
kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar
Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam
macam-macam lagi kerana wanita.
Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling
tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi
mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.
Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap,
masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan
Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang
tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.
Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada
waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan
Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.
Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi
pula dengan ‘happy ending’ sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee
jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan
kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV
jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.
P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan
filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa
sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose,
Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih
relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak
lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.
Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang
juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis
dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee
sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri
sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi
karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar
diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia
gelakan diri sendiri …. hahaha….


Yg Main internet hari ini...