Cara tunai solat qada

Cara tunai solat qada

SAYA seorang pelajar sekolah menengah. Saya ada kemusykilan mengenai qada solat.

Sekiranya saya tertinggal solat, bolehkah saya qada solat berkenaan bila-bila masa? Atau saya perlu qada solat pada waktu solat selepas solat berkenaan? Bagaimanakah lafaz niat qada’ solat?
INGIN TAHU

Kuala Lumpur

Niat qada ialah melakukan solat atau menggantikan solat yang tertinggal selepas waktu yang wajib untuk bersolat itu tamat.

Ertinya jika terlepas subuh wajib serta merta mengqadanya sebaik teringat dan tidak menunggu subuh esoknya untuk diqada.

Lafaz niat solat pada waktunya disebut “aada-an”atau sahaja aku solat subuh dua rakaat kerana allah Taala”. Jika ia qada maka tambahlah “qada-an” iaitu sahaja aku solat subuh dua rakaat qada kerana Allah Taala.

Cuba lawati perpustakaan sekolah anda dan cari buku panduan solat. Pinjam buku itu untuk dibaca dan minta bantuan ustazah untuk membetulkan cara solat.

About these ads

15 thoughts on “Cara tunai solat qada

  1. ASALAMUALAIKUM

    Petua bina kesihatan pakcikli00 – satu

    Panduan hidup adalah al Quran
    rasul diutus memberi ingatan
    yang menjadi petua serta amalan
    demi untuk membina kesihatan

    Mulakan Bismillah setiap urusan
    elok disertai selawat dan salam
    dulukanlah niat sebelum pekerjaan
    mulakan gerakan di sebelah kanan

    Setiap waktu perlulah ditepati
    janganlah suka memungkiri janji
    bahaya dan musuh usahlah dicari
    jangan mudah tidak sedarkan diri

    Lemparkan senyuman setiap hari
    sehingga wajah kelihatan berseri
    seandainya bertemu salam diberi
    janganlah suka meninggi diri

    Bercakaplah cuma jikalau perlu
    sebelum menjawab dengari dulu
    usahlah bertanya bertalu talu
    perangai berleter usahlah ditiru

    Berpakaian biar disenangi orang
    jangan sendat atau pun jarang
    bahagian aurat usah ditelanjang
    sehingga geram jika dipandang

    Selanjutnya sila klik url dibawah :

    http://pakcikli00.wordpress.com/2009/08/26/petua-membina-kesihatan-dua/

    http://pakcikli00.wordpress.com/2009/08/26/petua-membina-kesihatan-tiga/

  2. assalamualaikum….minta tolong sket boleh???
    saya waktu belajar dulu saya solat 5 waktu,,,tp bila dah berkerja sekarang ni,bos saya tidak membenarkan saya keluar untuk mengerjakan solat. jadi setiap hari saya tertinggal solat zohor..bagaimana penyelesaian? bagaimana saya nk qada solat zohor saya itu?????????

  3. Sekiranya..jika kita tertinggal solat zohor, boleh tak qada pada hari seterusnya? pada waktu zohor? atau bila masa pun boleh qada solat zohor? tolong sayaaa :s

    • Menurut pendapat Mazhab 4

      Wajib qadla shalat yang ditinggalkan
      Ini Menurut Pendapat empat mazhab, yaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali dan berdasarkan perintah dan tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. – (Baginda Qodho Sholat Subuh bersama para sahabat kerana tertidur dan Qodho Sholat Asar dalam waktu Maghrib kerana peperangan)

      Pandangan yang mengatakan tidak wajib qadha’ adalah pendapat Imam Ibn Taymiyah, Ibn Hazmin, ia juga diamalkan oleh Umar bin Khattab, Ibn Umar, Umar abd Aziz, Ibn Sirin, dan lain-lain. Hujah mereka: Islam telah mewajibkan solat dan tidak boleh menangguhkannya walaupun sakit, musafir dalam peperangan; ditegaskan oleh Imam Ibn Taymiyah tidak boleh mengqadha’ solat yang tertinggal, cukup dengan taubat dan solat sunat yang banyak untuk menggantikannya.

      Orang-orang yang mewajibkan qadha’ berhujjah bahwa jika qadha’ ini diwajibkan atas orang yang lupa dan tertidur, yang mana kedua-duanya di ma’afkan, maka kewajibannya atas orang yang tidak dima’afkan dan orang yang durhaka (termasuk yang meninggalkannya kerana sengaja) jauh lebih layak. Disamping itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para shahabat pernah shalat Ashar setelah masuk waktu Maghrib pada perang Khandaq. Sebagaimana yang diketahui, mereka tidak tertidur dan tidak lupa, meskipun sebagian di antara mereka benar-benar lupa, tapi tidak mereka semua lupa. Yang ikut mendukung kewajiban qadha’ ini ialah Abu Umar bin Abdul-Barr.

  4. saya setiap hari bekerja dan saya sentiasa ingat untuk solat akan tetapi tempat kerja saya tidak ada surau kerana kedai itu ialah kedai milik orang cina, lalu sy pergi ke restoran lain yg berdekatan untuk menumpang bilik surau untuk solat, masalah yang sy hadapi ialah sy kadangkala tidak dpt solat krna restoran yg sy sering tumpang bilik surau kedainya ditutup dan sya ingin mengetahui cara2 untuk menunaikan qada’solat dan saya harap sy mendapat maklum balas melalui email sya. terima kasih dan diharap mendapat maklum blas dgn secepat mungkin.

  5. assalamualaikum. saya ingin tanya tentang qada’ solat. macam mana hendak qada’ solat dan berapa rakaat yang perlu di lakukan ? setiap hari ahat, saya sering tidak dapat menunaikan solat fardhu seperti solat asar, magrib dan isyak disebabkan restoran yang mempunyai surau tutup setiap hari ahat. oleh itu, sebaik saya pulang dari kerja jam 11:30 malam, saya menqada’kan solat dengan mengabungkan solat asar, magrib dengan isyak. contohnya, saya solat asar 2 rakaat qada’, solat magrib 2 rakaat qada’ dan solat isyak 2 rakaat qada’. adakah sah solat saya ?

    • assalamualaikm..first.sya puji tndkan n smangat en.krna msh nk mdirikan solat. ok,solat qada ni kita boleh buat pada bile2 masa.tetapi cara en. memendekn rokaat solat 2 salah..solat qada ni rokaat dia adalah sama mcm rokaat solat biasa..klw asar 4 rokaatnya.maghrb 3 rokaatnya dn sterusnya.

      • Alhamdulillah..terima kasih en.amir kerana komen en. ni da terjawab soalan2 sya selama hari ni..sya ni sebelom ni terlalu jahil sehinggakan tidak pernah solat dari awal masuk sekolah menengah lagi but bila dah kahwin ni,baru saya dpat rasakan tanggungjawab yg saya pikul untuk memimpin isteri saya..saya tahu ini terlalu lambat untuk saya sedar but Alhamdulillah Allah da mule buka pintu hati saya untuk bertaubat dan disini saya bermohon agar tuan/puan/encik/cik berdoa bersama2 sya agar sya,isteri sya dan juga semua orang islam dalam dunia akan berubah ke arah kebaikan..InsyaAllah..

  6. assalammualaikum
    saya ada sedikit pertanyaan..adakah harus kita membaca do’a qunut subuh apabila kita sedang qada solat subuh? contohnya saya mengqadakan solat subuh diwaktu asar..adakah saya perlu membaca doa’a qunut? dan bolehkah kita mengqadakan solat subuh di waktu isyak dengan niat ingin menggantikan solat subuh yang tertinggal sebelum ini?

  7. Assalammualaikum

    saya ingin bertanya.. jika kita tertinggal solat subuh dan asar.. boleh kah kita qada solat itu sbelum solat magrib ataupun selepas solat magrib?? inginkan kepastian.. sebelum ini pn saya sudah dpt tunjuk dari sahabat lain tetapi merasakan was2.. terima kasih ustaz ^_^

  8. assalamualaikum . ustaz . jika kita hendak menunaikan qada solat . sama ade berterusan . contoh solat subuh ditinggal sebanyak 3 kali . perlu qada berteursan atau berhenti setiap dua rakaat tersebut . terima kasih :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s