Tafsirnya: Dan hendaklah kamu saling bersegera merebut keampunan dari tuhanmu dan syurga yg seluas langit2 dan bumi; disediakan utk org bertakwa. Iaitu org2 yg menginfakkan hartanya dlm keadaan susah dan senang, yg menahan marahnya dan org yg memaafkan manusia lain; dan Allah kasih kpd org2 yg bersifat ihsan.(133 dan 134: Ali Imran)
Cara2 merawati sifat marah:
1. Hendaklah dia memikirkan tentang kelebihan org yg brsifat lemah lembut dan menahan marah.
NAbi bersabda:
Siapa yg menahan marahnya; Allah akan menahan azabnya.(HR Thabrani; doif)
2. Hendaklah dia menakutkan dirinya dgn azab Allah sekiranya dia meneruskan kemarahannya dgn melakukan perkara yg dilarang(walaupun hanya sekadar memaki).
3. Hendaklah mengingatkan dirinya akibat dari dia melepaskan marahnya iaitu dendam dan permusuhan.
4. Hendaklah dia membayangkan betapa buruk dan hodohnya rupanya ketika marah.
5. Memikirkan tentang sebab dia marah dan hendak membalas dendam. Kalau kerna dunia dan syaitan atau hawanafsu maka hendaklah dia jauhkan.
Ini semua sekiranya dia marah bukan kerna agama. Kalau kerna agama dan persaudaraan seislam maka itu adalah marah yg terpuji dan dituntut sprti marah kepada org yg melakukan maksiat secara terang2 dan benci dan amat marah pd yahudi yg menyiksa umat Islam.
rujukan: Mau’izatul Mukminin oleh Jamaluddin al-Qasimi


saya masa study dulu ada amik subjek Pengurusan Emosi… ada la diajar pasal marah nie… tp, saya x praktik pun… huhu… bila marah tu mmg x ingat apa, mmg nak marah je… tapi, bila dah cool skit, baru rasa diri sangat bodoh & hodoh sbb marah2…
marah ni ‘ganguan’ syaitan..dia yg soh marah2..
kadang boleh control…kadang tak boleh..
hehehe…
sya ni garang sikit pasal² keja..tu yg masalahnya
yg selalu buat darah naik..org lain buat salah kita yg kena…tu mana leh maaf..memang ‘angin’…heehehe
saya rasa kalo saya dh marah, semua org takut nak tegur saya..
masa tu terasa mcm xde kawan…
tu la ruginya org yg pemarah..
kekawan x suka..