Untuk 50 Tahun keatas je..!!

Soalan

SAYA berumur hampir 50 tahun tetapi masih mengadakan hubungan kelamin dengan isteri. Masalahnya apabila di kemuncak untuk memancut, saya rasakan tiada pancutan air mani, seolah-olah kosong.

Jawapan

Biasanya pancutan air mani berlaku bagi lelaki yang mencapai kemuncak rangsangan seksual. Adakalanya proses ejakulasi boleh dikawal dengan mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis atau otot kemut.

Sebilangan lelaki mengamalkan kaedah merancang keluarga yang dikenali sebagai `Coitus Reservatus’ atau mengawal ejakulasi ketika bersetubuh. Kadangkala amalan ini menjadi kekal sehingga pancutan air mani tidak berlaku walaupun tidak lagi mengamalkannya.

Sesetengah lelaki yang mengalami penyakit kencing manis atau memakan ubat mengawal darah tinggi tertentu gagal mencapai ejakulasi atau tiada cetusan pancutan air mani ketika kemuncak.

Ini kerana gangguan urat saraf yang mengawal cetusan air mani. Apabila ubat darah tinggi itu ditukar kepada ubat jenis lain atau penyakit kencing manis terkawal, pancutan air mani berlaku semula.

Ada juga situasi yang mana lelaki gagal mencapai ejakulasi ketika klimaks dan ini berlaku akibat penurunan tahap hormon testosterone. Jarang lelaki yang mempunyai masalah pundi prostat mengalami perkara sama, iaitu ada klimaks tapi tiada pancutan air mani atau air mani masuk ke dalam pundi kencing.

Jadi masalah ini bukan luar biasa. Saya cadangkan anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Jika anda menghidap penyakit kencing manis atau mempunyai tahap hormon testosterone yang kurang, rawatan sewajar dapat diberi.

0 Responses to “Untuk 50 Tahun keatas je..!!”



  1. No Comments Yet

Leave a Reply




Blog Stats

  • 64,827 hits

Hello……!!