Minta duit, al-Quran, Yassin

OMAR bersama Hadiah melihat surat yang dihantar oleh anak mereka,
Sheikh Faeizan di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas semalam.

JOHOR BAHRU – “Dunia ini dah (sudah) sempit. Minta tolong kirimkan al-Quran, Yassin, kamus Bahasa Inggeris dan duit.”

Begitulah antara isi kandungan surat yang dikirim oleh Sheikh Faeizan Omar, 19, iaitu remaja lelaki yang kini ditahan pihak berkuasa di Taipei, Taiwan selepas dia didapati membawa dadah jenis heroin seberat 2.141 gram dalam sebuah beg, Mei lalu.

Surat tiga helai dengan cop dipercayai cop penjara yang diterima bapanya, Omar Yaini, 54, tiga hari lalu itu turut memberitahu keadaan dirinya yang sihat cuma badannya terasa sengal kerana tidak selesa berada dalam tahanan di negara itu.

ANAK saudara kepada Sheikh Faeizan menatap gambar bapa saudara mereka di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas, Johor semalam.



 

Selain itu, cerita Omar, anaknya itu juga memohon maaf daripadanya dan isteri, Hadiah Gondit, 48, serta adik-beradiknya yang lain dengan apa yang berlaku.

Dalam surat tersebut juga, katanya, Sheikh Faeizan atau lebih dikenali sebagai Pak Tam turut meminta dia sekeluarga mendoakan kemenangan berpihak kepadanya pada perbicaraan yang akan berlangsung kelak.

Malah jelasnya, dalam surat sama itu juga Sheikh Faeizan sekali lagi menyatakan dia tidak tahu bahawa beg yang dibawanya mengandungi dadah.

“Sheikh Faeizan ada membayangkan mungkin dia akan menang dalam perbicaraan itu kerana katanya ada peguam dari Malaysia yang hendak tolong.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

4 Responses to “Minta duit, al-Quran, Yassin”


  1. 1 sumijelly June 16, 2008 at 7:32 am

    Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
    toi…..
    kirim KOSMO satu………
    htr kat PWTC yek…..
    bukan kat Putrajaya tau..
    hehehe……….

  2. 2 kantoi June 16, 2008 at 11:44 am

    okek………tarak hal,
    tingkat berapa?
    tel no..pls

    hehehehe………

  3. 3 buzzybug June 17, 2008 at 12:26 am

    banyak dah kes terbawak dadah dalam flight.suma kena kat pempuan… iskk… mintak dijauhkan la benda2 ni jadi kat kte2 suma…

  4. 4 en_me October 13, 2008 at 1:53 am

    sodey kannns.. moga moga tak terkena anak cucu kita fulakkks.. uhuhu


Leave a Reply




Blog Stats

  • 53,009 hits

Hello……!!