BACA:ORANG
May 15, 2008 by kantoi
Kita menjadi lega atau seronok jika tidak diketahui (berjaya menipu). Tetapi apakah yang terjadi jika dibongkarkan? adakah akan ditutupi dengan satu lagi penipuan atau membuat pengakuan jalan yang terbaik?
Aku punya rakan yang ramai. Aku bersyukur. Mereka mengajar aku pelbagai benda, membuka mataku supaya melihat dari pelbagai sudut. Tidak tertumpu pada yang satu. Kawanku pelbagai ragam, pelbagai jenis. Aku tidak memilih, asalkan mereka berniat baik. Bagi aku Hati manusia adalah kelabu, tiada hitam, tiada putih. Semua aku terima, semua aku hargai, semua aku tolong. Mereka mengajarku apa itu kehidupan dunia, apa itu dunia sebenar. Mengajar aku akhirat, Mengajar aku makrifat.
Dari situ aku belajar membaca : orang. Kita berkata, seronok bukan dapat membaca : orang? tapi sakit bukan apabila dapat tahu tipu daya orang keliling kita? Lebih2 lagi orang yang rapat dengan kita, yang kita anggap sebagai kawan sejati. Yang kita anggap suci.
Bila berbual berdepan dengan seseorang, lihat matanya. Mata adalah bahasa badan yang paling mudah dibaca, kerana itu orang melindung mata jika menipu. (jika dia tahu)
- Orang yang menipu akan memandang ke “atas, kanan” ketika sedang mencipta penipuan.
- Orang yang sedang cuba mengingat semula, akan memandang ke atas kiri.
- Mata kan pandang ke bawah jika ia sedang mengingati sesuatu yang menyentuh hati atau sedih.
- Anak mata mengecil (menumpu) apabila dia menaruh perhatian atau minat dan sebaliknya jika bosan.
Kalau tak percaya cuba dengan seorang rakan, dan lihat matanya. Walupun dia tahu dan cuba melawan gerak matanya, tetap ia akan tertunjuk. (bila dia cuba melawan gerak matanya, dia kan tergagap2 atau berfikir lama untuk menipu)
Selamat mencuba, Enjoy!
sumber : http://benevolentaffliction.blogspot.com/







cemut cahabat ciput.. catu cari ciput calan² cama ciput.. ciput cata ‘com cimut cita cinum cendol.. cuaca cangat canas ca ciput…’… ceh ceh ceh…
hak hak hak.. berapa punya teruk, hosmet dpt da… ni baru betul dikata, sudah nasib badan… kuang kuang kuang..