Krim seks Mat Rempit
February 13, 2008 by kantoi
Krim seks Mat Rempit
KUALA TERENGGANU: Sejenis produk rangsangan seks dipercayai diimport dari negara jiran dikatakan menjadi buruan golongan muda, terutama Mat Rempit ketika bersama teman wanita.
Difahamkan, produk berbentuk krim dan tisu basah itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini melalui selatan tanah air dan mudah diperoleh berikutan harganya yang murah, hanya RM15.
Produk rangsangan seks itu didakwa sering digunakan untuk meniduri teman wanita masing-masing.
Seorang peniaga berusia 42 tahun dari Kampung Kuala Ibai di sini, berkata dia tertarik membeli produk itu daripada seorang rakan selepas mendapati ia mendapat sambutan hangat Mat Rempit.
Dia yang enggan dikenali berkata, produk itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui selatan tanah air sebelum dijual secara meluas di negeri ini





