Lelaki boleh hidap kanser payu dara
January 13, 2008 by kantoi
Soalan
SAYA ingin tahu sama ada `puting’ seorang lelaki yang sering dihisap oleh pasangannya akan membesar atau tetap dengan bentuk asalnya. Mengapakah puting lelaki yang sering bersenam seperti mengangkat berat agak keras. Adakah ia dipengaruhi oleh genetik seseorang itu?
AM
Kuala Lumpur
Jawapan
Seperti wanita, lelaki ada sepasang buah dada dan puting. Pada peringkat kanak-kanak, puting berbentuk tompok coklat yang kadangkala apabila disentuh ia kelihatan timbul seketika akibat rangsangan.
Justeru, sejak peringkat kanak-kanak lagi puting lelaki boleh timbul ketika dirangsang dengan jari.
Peringkat awal remaja, buah dada lelaki kelihatan besar sedikit dengan kemunculan pundi dan lemak.
Kadangkala ia membengkak dan ini akibat tindak balas hormon estrogen yang dihasilkan oleh buah zakar dan pundi adrenal.
Puting juga boleh menghasilkan cecair putih jika dipicit.
Ini berlaku apabila tahap hormon prolactin lelaki itu meningkat. Jadi tidak hairan ada kes lelaki yang boleh mengeluarkan susu apabila buah dadanya dihisap dan secara kebetulan hormon prolactinnya meningkat.
Apabila tahap hormon testosterone mula membina, kebengkakan buah dada lelaki kurang dan buah dada tidak lagi menonjol, kecuali lelaki itu melakukan senaman untuk membina otot dada.
Sehubungan itu, tidak menghairankan jika lelaki yang aktif dengan senaman lasak dan angkat besi mendapati buah dada mereka besar dan puting kelihatan lebih menonjol.
Puting juga boleh menegang apabila terangsang dan jika tersentuh kain seperti kemeja T. Jika lelaki yang mempunyai dada besar memakai kemeja T, memang mudah kelihatan putingnya, terutama dalam keadaan terangsang!
Puting boleh membesar dalam peringkat lanjut usia akibat penurunan hormon testosterone dan peningkatan estrogen. Sama juga jika puting itu dihisap, ia kelihatan besar akibat peningkatan pendarahan ketika ia dalam keadaan terangsang secara berterusan.
Ini tidak mengapa kerana puting juga organ yang boleh membangkitkan perasaan keberahian, iaitu ‘Erogenous’ organ yang merangsangkan.
Puting itu anugerah Tuhan dan ada fungsinya dalam kehidupan lelaki. Sama seperti wanita, lelaki perlu berwaspada kepada perubahan yang berlaku kepada buah dada kerana kemungkinan kanser buah dada. Namun, kadarnya sangat rendah.






apsal soalan dia tak same ngan tajuk cerita neh?
hahahahahaa