Jerut,Tanam Bayi
January 9, 2008 by kantoi
Jerut, tanam bayi
Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih menggunakan helah memasang televisyen dengan bunyi kuat pada awal pagi semalam untuk menyembunyikan tangisan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, sebelum anak itu ditanam dalam lubang kira-kira 50 meter di belakang sebuah rumah di Jalan Ahmad Yusof, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, dekat sini.
Biarpun tindakan itu berjaya mengaburi keluarga lelaki yang tinggal di rumah berkenaan, perbuatan kejam mereka terbongkar apabila wanita berusia 20 tahun itu sendiri tampil membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram, jam 5.30 petang, mendakwa dia melahirkan seorang bayi perempuan yang kemudian ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter.
Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sri Alam, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata susulan aduan wanita terbabit, pihaknya menyerbu rumah itu sebelum menahan seorang lelaki berusia 38 tahun.
“Siasatan awal mendapati bayi berkenaan dilahirkan kira-kira jam 4 pagi dalam sebuah bilik yang bersambung dengan rumah keluarga lelaki sebelum anak itu ditanam dalam lubang di kawasan kebun di belakang kediaman terbabit.
“Wanita terbabit langsung tidak menceritakan kelahiran bayi dikandungnya selama tujuh bulan, malah dipercayai menyembunyikannya dia mengandung daripada pengetahuan keluarganya dan keluarga lelaki itu.
“Ketika dilahirkan, bayi berkenaan dipercayai masih hidup kerana suspek lelaki memberitahu terdengar bunyi tangisan tapi mereka memasang televisyen dengan kuat untuk mengelak kelahiran bayi itu diketahui keluarga lelaki,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.
Malah, ketika digali dan dikeluarkan dari lubang berkenaan oleh anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, mayat bayi itu dikatakan dijerut dengan kain sebelum dibalut dengan sarung bantal dan selimut.
Mohd Nor berkata, selain menahan suspek lelaki, wanita terbabit ditahan di rumah keluarganya di Taman Bukit Tiram, dekat sini, kira-kira jam 8.30 malam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek lelaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan dipercayai menyeludup masuk ke negara ini dari Indonesia, sebelum menetap di rumah bapanya yang dipercayai sudah memiliki taraf pemastautin tetap (PR).
Menurutnya, lelaki terbabit pernah ditahan kerana kes dadah dan dihantar pulang ke negara asalnya dan ketika ditangkap petang semalam, pasukan polis turut menemui sepeket ganja dalam simpanannya.
Difahamkan, pasangan terbabit berkenalan kira-kira dua tahun lalu dan bayi perempuan yang ditanam itu anak kedua dilahirkan hasil persetubuhan haram.
Anak pertama pasangan itu kini dikatakan berusia lebih setahun dan dipelihara keluarga lelaki






kalu dah tak nak tu.. bagi la kat aku.. dah buat perangai jangan le lagi buat hal.. mmg akai takde..bodoh punye olang!!!!