Dr.Masitah JAWAB_2 (dari Hmetro)
January 8, 2008 by kantoi
Soalan:
SAYA berstatus isteri dan ada beberapa anak. Saya pernah berzina dengan lelaki lain ketika ketiadaan suami dan perkara itu diketahui suami.
Saya menyesal dengan ke- silapan lalu. Saya benar-benar insaf dan bertaubat. Berkali-kali saya meminta maaf daripada suami dan sehingga kini me- mohon keampunan Allah SWT.
Namun, tidak mudah rupanya untuk menghilangkan rasa ber- dosa. Semakin hari semakin kuat rasa bersalah itu. Apatah lagi suami mula jadi panas ba- ran dan sering memarahi saya.
Kami pernah cuba berbin- cang dengan baik, tetapi bia- sanya berakhir dengan perteng- karan. Malah, suami sering ber- kata: “Jangan sampai aku tidak ampunkan engkau.” Kata-katanya membuatkan saya terfikir bahawa dia masih belum memaafkan saya. Ka- dangkala saya keliru dengan sikap suami kerana ada ma- sanya dia memujuk dan mem- beri perangsang kepada saya supaya melupakan semua per- kara silam dan bina hidup baru.
Namun ada kalanya dia me- ngugut saya dengan kata-kata seumpama itu.
Saya tidak tahu apa harus saya lakukan lagi. Setiap lang- kah terasa sumbang. Saya takut dengan hukum Allah, saya bim- bang peristiwa silam itu terus menghancurkan kepercayaan suami kepada saya.
Perkara itu juga masih meng- hantui saya dan saya kerap berasakan saya tidak layak menjadi isteri dan ibu. Apa ha- rus saya lakukan? Saya berasa hidup saya menuju kehancuran dan tidak lagi mampu menjadi insan berguna.
HAMBA ALLAH Johor
Jawapan:
Puan, nilai seorang isteri solehah ialah taat pada suami dan maruah diri yang dijaga ketika ketiadaan suami. Ter- lalu banyak ayat al-Quran dan hadis yang mengingatkan wa- nita supaya menjaga maruah d i r i nya .
Bahkan dosa berzina bagi seorang wanita bersuami sa- ngat besar berbanding wanita belum berkahwin sehingga hu- kumnya ialah direjam hingga mati. Bersyukurlah pada Allah jika suami masih mahu me- nerima puan lagi, dia tidak menceraikan puan walau tahu dosa berkenaan.
Suami mana tidak tercabar jika isterinya menduakan di- rinya. Walau mulutnya menye- but sudah ampun, namun ti- dak mustahil sesekali pera- saan itu kembali bila dia ma- rah. Puan harus sabar me- nerima keadaan ini yang se- memangnya sukar.
Nasihat saya ialah puan mesti sentiasa ingat dan ber- taubat pada Allah. Beri ruang pada suami untuk menerima keadaan ini. Ingat betapa puan bertuah kerana dia ma- sih menerima puan. Manusia mana tidak melakukan kesa- lahan, namun manusia ber- salah yang baik ialah yang ber taubat.
Sejarah lalu tiada siapa da- pat mengubahnya, namun hi- dup akan datang terletak pada kita untuk mencorakkannya.
Jika mahu menjadi baik, buat- lah yang terbaik






IsYhH IsYhHh IsYhH…
sian kan..macam2 kes ada skrg ni…
TuH LeW PaSaL.. DuNiA AkHiR ZaMaN KuT.. IsYh3..
em….susah ni
BIAQ P KAT DIA LA. DIA PUN NAK RASA BATANG SEMPOI SIKIT, MANA TAU KOT LAKI DIA PUNYA KECIK.
nak mati ke main dgn org lain lepas kahwin!!??
hehehe..tak tahu la…no comment
SubhanAllah….
semua org pnh mlkkn kslhn namun haruslah diperbetulkan apapun yg tjdi di masa akan dtg jalanilah dgn hati yg tabah.
bkn sng nk lupekan kesilapan lps..np x pk dulu ms wt dulu tu….pape pn mende da lps,bykkan besabor..